Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

JaPen Rai Rakan Strategik

By 19 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

Ā  Ā  Laporan oleh: Ā Eviannie Kin / Foto oleh: Johnny Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mengadakan Majlis Jalinan Kasih bagi meraikan rakan-rakan strategik yang banyak memberi kerjasama dalam usaha menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

?Majlis itu turut dihadiriĀ Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bersama-sama 250 jemputan yang diadakan di sini, pada Jumaat malam.

Ā 2-1-01

Mereka yang diraikan terdiri daripada para pesara, bekas warga JaPen, Orang Berpengaruh (OBP),Ā pengamal media, Pengerusi-pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M), guru-guru penyelaras Kelab 1Malaysia dan para Pegawai Perhubungan Awam.

Ā Matlamat programĀ tersebut? adalah untuk memantapkan jaringan komunikasi strategik JaPen dalam menjalankan fungsinya selaras dengan hasrat kerajaan di samping menjalin hubungan yang berterusan dengan pesara JaPen.

Ā 

Antara pesara JaPen yang hadir.

Antara pesara JaPen yang hadir.

Hadir sama di majlis tersebut, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman; Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling; Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dr Jamaluddin Mohd. Ali; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Joannes Solidau; Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Japlin Akim

Tinggalkan komen anda