Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kerajaan Tidak Pernah Lupa Kami

By 1 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto : Umar Yusof (Sabah)

 

TAWAU, SABAH, 28 Feb. (Malaysiaaktif) – Perayaan Tahun Baharu Cina Komuniti 1Malaysia (K1M) Taman Hill Top disambut meriah penuh semangat perpaduan dari para penduduk taman yang berbilang bangsa.

Pengerusi K1M Taman Hill Top, Chok Syn Yu berkata, penduduk di taman ini merasa amat  bertuah kerana kerajaan menubuhkan K1M melalui Jabatan Penerangan (JaPen) Bahagian sebagai suatu usaha keharmonian berbilang bangsa di kawasan ini.

“Sejak tertubuhnya K1M di sini, kerajaan tidak pernah lupa kepada pembangunan di kawasan ini.

“Kami amat berterima kasih atas bantuan yang diberikan seperti memasang lampu jalan raya secara tidak langsung menerangi taman ini.

“Selain itu, penubuhan K1M ini juga membolehkan kami menyambut sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun dan kesannya perhubungan penduduk di kawasan ini semakin erat dan saling kenal mengenali sesama jiran tetangga,” katanya.

Para penduduk Taman Hill Top yang hadir memeriahkan sambutan berkenaan

Para penduduk Taman Hill Top yang hadir memeriahkan sambutan berkenaan

Tambahnya, saya menyeru agar masyarakat di sini perlu mengekalkan keharmonian ini dengan memilih untuk mengekalkan kerajaan agar pembangunan terus berlaku di taman ini.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata, negara ini mempunyai kepelbagaian sambutan perayaan yang mencerminkan kebebasan dan kemakmuran.

“Kita seharusnya terus bersyukur kerana berada di sebuah negara yang aman damai di mana kita boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa ada kerisauan.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berharap agar masyarakat Cina di kawasan ini tidak mudah terpengaruh dengan kata manis pihak yang hanya muncul lima tahun sekali.

“Kerajaan hari ini membuktikan bahawa ikatan antara rakyat dan pemimpin perlu terus seiring, dengar denyut nadi rakyat serta hulur bantuan tidak kira masa demi kesejahteraan rakyat itu sendiri.

Hamisah semasa menyampaikan ucapan.

Hamisah semasa menyampaikan ucapan.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat tanpa mengira suku kaum, baik di bandar mahupun luar bandar.

“Berbagai-bagai kemudahan dibangunkan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi, infrastruktur demi rakyat sebagai contohnya Lebuh Raya Pan Borneo tanpa tol, membina perkhidmatan berpusat UTC dan pelbagai lagi, semuanya adalah untuk kepentingan rakyat,” ujarnya.

Kata Hamisa semasa merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Komuniti 1Malaysia Taman Hill Top pada Isnin.

Seramai lebih 200 penduduk hadir  memeriahkan majlis tersebut.

Hadir sama Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen, Fauzi Lamsin; Ketua Daerah, Haji Ayub Kee Abu Bakar; Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Tinghua Sabah, Lo Sui Fui.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda