Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

NADMA Agih RM15 Juta Untuk Mangsa Banjir

By 4 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Erzufariza A/P Zulkifly (Gua Musang)

GUA MUSANG, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Muhammad Yusof Wazir, berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM15 juta wang ihsan kepada NADMA untuk diagihkan kepada 30,000 keluarga yang dilanda musibah bencana banjir pada tahun 2014 yang mengalami kerosakan teruk.

“Wang Ihsan sebanyak RM500 ini diberi kepada seisi keluarga dan penduduk yang dilanda banjir dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta mendaftar untuk bantuan wang ihsan ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini semalam.

Yusof berucap merasmikan majlis di sini semalam.

Yusof berucap merasmikan majlis di sini semalam.

Yusof turut menegaskan bahawa tiada negara yang tidak dilanda bencana cuma bergantung kepada pemikiran masing-masing untuk merancang bagi mengelakkan berlakunya bencana tersebut.

“Contohnya menjaga sistem perparitan dengan teratur. Dalam mengurangkan jumlah kematian ketika bencana dan supaya penduduk bersiap sedia sekiranya bencana berlaku, kita anjurkan program seumpama ini.

“Bencana pada 2014 mempunya hikmah kerana penduduk yang dilanda banjir akan menerima rumah kekal baru yang lebih selamat dan selesa,” jelasnya lagi.

Seramai 200 orang penduduk di daerah ini telah hadir pada Majlis Taklimat Kesedaran Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Komuniti (CBDRM) dan Majlis Agihan Wang Ihsan Mangsa Banjir 2018 di Dewan Pusat Sivik di sini.

Normaisah Muhamad, selaku penerima wang ihsan dari Felda Chiku 7, selain gembira dengan bantuan yang diberikan, hadir pada majlis ini memberikannya maklumat apa yang harus dilakukan ketika bencana berlaku.

“Saya cukup berterima kasih atas bantuan diberikan semua pihak ketika banjir tempoh hari, malah kemudahan serta perkhidmatan disediakan sepanjang berada di pusat pemindahan sementara turut memuaskan,” katanya ketika ditemui pemberita.

-SH

Tinggalkan komen anda