Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Naik Taraf Lapangan Terbang dan Bekalan Air Untuk Rakyat Kedah

By 3 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan Oleh : M. Mokhtar dan Norulhuda / Foto oleh : Jamil Zainul

 

ALOR SETAR, 3 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kerajaan akan menaiktaraf lapangan terbang Langkawi dan Alor Setar bagi membolehkan kapal terbang yang lebih besar mendarat di Kedah.

Bercakap semasa merasmikan penutupan Ekspo Muafakat Kedah 2018 di Stadium Darul Aman, Perdana Menteri menjangkakan 5 tahun akan datang, dua lapangan terbang di Kedah bukan saja boleh menerima jumlah pelancongan yang lebih besar bahkan menjadikan hub penerbangan sebelah utara bagi mereka yang ingin menunaikan haji dan umrah secara penerbangan terus.

WhatsApp Image 2018-03-03 at 18.28.28

Antara kemudahan yang bakal dinaiktaraf termasuklah landasan bagi memudahkan kapal terbang yang lebih besar untuk mendarat serta kemudahan ‘aerobridge’ bagi memudahkan pengguna lapangan tersebut nanti.

Turut diumumkan, kerajaan pusat  telah meluluskan RM1 bilion untuk menaiktaraf bekalan air rakyat Kedah dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

WhatsApp Image 2018-03-03 at 18.28.27

Menurut pengunjung ekspo, Murni Ahmad, 53, lapangan terbang yang besar bakal memudahkan pelaburan asing datang untuk melabur di Kedah.

Seorang lagi hadirin, Izat Salleh, 36 pula berkata dengan pengumuman menaiktaraf bekalan air dan lapangan kapal terbang kepada negeri Kedah, ia akan menambah lagi peluang pekerjaan terutama sektor pelancongan.

Sementara itu, menurut pengunjung dari Sungai Petani, Azizah Abdul Rahman, 66, pengumuman 1 bilion ringgit untuk menaiktaraf air akan memudahkan urusan harian rakyat di masa depan nanti.

WhatsApp Image 2018-03-03 at 18.28.37

Ekspo Muafakat Kedah yang bermula 24 Februari melabuhkam tirainya hari ini dengan mencatatkan  jumlah lebih 5000 ribu pengunjung menyaksikan 19 kluster mencerminkan kejayaan pentadbiran kerajaan negeri Kedah, disamping 15 acara utama serta 119 acara sampingan.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda