Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Orang Asli antara 1132 penerima BR1M Daerah Baling

By 26 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Mahazir bin Abu Hassan / Foto : Zainaudin Ab Hamid

 

BALING, 25Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 1132 menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018, Peringkat Daerah Baling bagi penerima yang tidak mempunyai akaun Bank, telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Tun Razak, Baling.

Berucap semasa merasmikan majlis penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hari ini, Ahli Parlimen Baling merangkap Pengerusi Tabung Haji Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah cetusan idea Perdana Menteri telah memberi manfaat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Datuk Abdul Azeez menghulurkan baucer BRIM kepadà setiap penerima

Datuk Abdul Azeez menghulurkan baucer BRIM kepadà setiap penerima

“Tidak ada lagi mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang memberikan bantuan sebegini tidak kira kaum Melayu, Cina, India, Siam dan masyarkat orang asli”, ujarnya lagi.

WhatsApp Image 2018-03-26 at 16.51.23

“Bagi yang belum menerima sumbangan, saya akan membuka talian khas di Pejabat Parlimen Baling dan Kaunter khas di Pejabat Daerah serta Pejabat Parlimen untuk memudahkan orang ramai membuat aduan untuk disalurkan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)”, tambahya lagi.

WhatsApp Image 2018-03-26 at 16.53.22

Seorang penerima masyarakat orang asli, suku kaum Kensiu, Rajin Keramit, 71, berkata, beliau amat gembira menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hari ini .

Penerima dari masyarakat orang asli iaitu Rajin Keramit

Penerima dari masyarakat orang asli iaitu Rajin Keramit

“Sumbangan ini dapatlah di gunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga saya”.

Seorang lagi penerima Lee Yit Chan, 62, berkata, bantuan ini wajar diteruskan untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Lee Yit Chan salah seorang penerima BRIM

Lee Yit Chan salah seorang penerima BRIM

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kupang, Datuk Harun Abd Aziz, Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaimi Abd Rahman, dan Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sungai Petani Zulkifli Salleh.
– MRR

Tinggalkan komen anda