Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sistem Modular Hasilkan Rumah Lebih Murah dan Cepat

By 29 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh : Genda Sating & Nor Hidayah Ismail             Foto : Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk membekalkan rumah dengan harga yang berpatutan dan berkualiti akan terlaksana dengan adanya sistem modular.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata dengan adanya sistem modular ini ia dijangka dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat perumahan untuk membina rumah dengan harga berpatutan dengan harga sekurang-kurangnya RM250 ribu hingga RM300 ribu seunit.

Abang Johari (tengah) diberi taklimat sempena Majlis Pecah Tanah Modular System Factory Development, semalam.

Abang Johari (tengah) diberi taklimat sempena Majlis Pecah Tanah Modular System Factory Development, semalam.

“Melalui sistem ini bahan untuk pembinaan rumah akan dibekalkan terus dari kilang dan dibawa keluar untuk dipasang,” ujarnya ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Modular System Factory Development melibatkan syarikat tempatan iaitu, SMART Housing R&D Sdn Bhd dan Foshan Conceiving Board Manufacturing Co.Ltd, China di Tapak Projek Kawasan perindustrian Demak Laut, disini semalam.

Menurut Abang Johari lagi, dengan adanya kerjasama ini, ia bukan sekadar memudahkan pemindahan teknologi pembinaan yang diguna pakai di Negara China, malah menepati permintaan rakyat negeri ini untuk memiliki rumah yang cepat dibina dan mampu milik.

“Kedua-dua syarikat tersebut dijangka akan menjalinkan kerjasama bagi mewujudkan sebuah syarikat dan kilang untuk membekalkan bahan bagi membangunkan rumah, sekolah, mahupun hospital melalui sistem modular ini,” jelasnya lagi.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen.

-SH

Tinggalkan komen anda