Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sarawak Negeri Berpendapatan Tinggi Berteraskan Teknologi Menjelang 2030

By 29 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh : Genda Sating & Nor Hidayah Ismail             Foto : Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Sarawak bakal muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 dengan berteraskan pembangunan teknologi.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, untuk mencapai hasrat tersebut rakyat harus bersedia dan mengaplikasikan kemajuan teknologi memandangkan Sarawak masih lagi ketinggalan daripada revolusi industri 4.0.

“Untuk mencapai hasrat tersebut beberapa teknologi akan dibangunkan di negeri ini seperti teknologi digital dan penggunaan teknologi baharu iaitu makro satelit bagi mengatasi kelembapan talian internet.

Hadirin turut mengajukan soalan kepada ahli panel sempena program ini.

Hadirin turut mengajukan soalan kepada ahli panel sempena program ini.

“Selain itu, pembangunan teknologi dalam bidang pertanian yang moden dan efisen mampu meningkatkan pendapatan para petani khususnya di luar bandar,” katanya ketika menghadiri Majlis Randau Petang, kelmarin.

Abang Johari turut menjelaskan tindakan kerajaan negeri dalam membangunkan sistem perhubungan awam di sini.

“Selain pembinaan lebuh raya Pan Borneo, kerajaan negeri turut membangunkan jalan pesisir yang dapat menghubungkan seluruh rakyat negeri ini.

“Manakala dalam meningkatkan sistem pengangkutan yang canggih dan efisien, kerajaan akan memperkenalkan bas yang menggunakan tenaga hidrogen dan kemudahan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dari Kuching ke Serian bagi kemudahan rakyat di bandaraya ini,” tambahnya lagi.

Abang Johari juga turut menekankan kepentingan untuk membangunkan sumber manusia untuk sama-sama membangunkan negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar), Datu Jaul Samion dan ketua-ketua jabatan.

-SH

Tinggalkan komen anda