Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Program Anugerah NILAM Mencungkil Kemahiran dan Bakat Pelajar

By 3 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto: Muhamad Zhafry Hakim Bin Abu Khair / Hashim Bin Sha’ri

 

JOHOR BAHRU, 2 April (MalaysiaAktif) – Seramai 44 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari 11 buah daerah seluruh Negeri Johor telah menyertai Program Jejak Maklumat Sempena Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor .

Program yang berlangsung mulai 1 dan berakhir pada 5 April 2018 ini menjadikan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) sebagai lokasi tempat rujukan dan aktivtinya.

Para pelajar gigih dan tekun mendapatkan bahan maklumat daripada bahan penerbitan Jabatan Penerangan

Para pelajar gigih dan tekun mendapatkan bahan maklumat daripada bahan penerbitan Jabatan Penerangan

Tujuan penganjurannya ialah untuk memupuk minat dan menggalakkan para pelajar membaca pelbagai bahan bacaan sama ada pada waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan.

Pegawai Teknologi Pendidikan merangkap Pengurus Program, Jailani Yusoff berkata, bagi penganjuran tahun 2018 ini, BTPN Johor telah memasukkan elemen Akademi sebagai platform pembelajaran kepada peserta.

“Elemen akademi ini bertujuan untuk menggilap bakat dan memberi pendedahan kemahiran insaniah kepada peserta seperti pengucapan awam, kemahiran penyampaian maklumat, literasi maklumat dan sebagainya,”katanya.

 

Sementara itu seorang peserta dari SMK Taman Nusa Damai, Mirzaieman berkata, dia sangat seronok menjalankan aktiviti di PMR. Di sini dia mendapatkan bahan maklumat mengenai hala tuju dan dasar kerajaan.

Sesi perbincangan mengenai maklumat yang didapati di PMR

Sesi perbincangan mengenai maklumat yang didapati di PMR

“Di samping itu juga, saya dapat menggunakan kemudahan komputer serta mengakses internet bagi mendapatkan maklumat,” ujarnya.

“Selain itu, kami perlu membuat laporan berita melalui rakaman video dengan melaporkan apa maklumat dan bahan yang telah kami dapati di PMR,” jelasnya lagi.

Para pelajar mengadakan sesi rakaman video untuk melaporkan berita

Para pelajar mengadakan sesi rakaman video untuk melaporkan berita

Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama pihak UTC Galleria@Kotaraya Johor Bahru, Johor serta Pusat Maklumat Rakyat Johor Bahru.
– MRR

Tinggalkan komen anda