Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

RM30 Ribu Disumbangkan Untuk Pembinaan Masjid Al-Hidayah

By 27 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Wee Kim Been & Wan Noriza Wan Jaafar (Kota Bharu)

TANAH MERAH, 27 April (Malaysiaaktif) – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyampaikan sumbangan peribadinya sebanyak RM30,000, bagi menyiapkan Masjid Al-Hidayah dan RM 10,000 bagi surau Cabang 4 di Kampung Bukit Mas.

“Penduduk Kampung Bukit Mas tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan pusat walaupun di bawah pemerintahan pihak pembangkang sejak 28 tahun lalu.

Penduduk kampung terharu dengan sumbangan yang diberikan ini.

Penduduk kampung terharu dengan sumbangan yang diberikan ini.

“Pelbagai kemudahan asas infrastruktur serta pembangunan sudah dapat dikecapi oleh sebilangan besar penduduk di kawasan berkenaan,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Hasnah Jusoh, 42, rasa syukur tidak terhingga di atas keprihatinan pemimpin BN dalam menyalurkan bantuan demi kemudahan masyarakat setempat tanpa mengira latarbelakang fahaman politik.

Dalam pada itu, Hasbullah Jaffar, 65, berkata hasil sumbangan berkenaan pastinya begitu bermakna kepada seluruh penduduk di Dewan Undangan Negeri Kemahang yang mana ianya boleh menempatkan hampir 400 jemaah setiap kali solat dilaksanakan.

“Dengan terbinanya Masjid Al-Hidayah serta surau di Kampung Bukit Mas ini, ianya turut dapat dimanfaatkan oleh sebilangan besar penduduk di kampung bersebelahan dan yang pastinya ikatan silaturahim dapat dijalinkan dengan lebih akrab lagi,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda