Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

K1M Putatan Menyantuni Pengguna Sebelum Hari Mengundi

By 6 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Mohd Sarah Bulindan

PUTATAN, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Tarikh pengundian semakin hampir, bahangnya semakin di rasai oleh masyarakat dengan kewujudan ratusan poster dan bandera dari parti-parti bertanding yang menghiasi dan memenuhi bahu jalan.

Disebalik suasana ini, Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Putatan dibawah pimpinan pengerusinya, Mohd Tahir Soon tampil bersama idea Jabatan Penerangan Daerah Putatan menganjurkan Program Karnival Sentuhan Rakyat semata-mata untuk menyantuni keperluan rakyat sebelum menjelangnya tarikh Pilihan Raya.

IMG-20180506-WA0016-01

“Saya sangat berbangga dengan pengendalian program ini, kerana ianya mnjadi platform kepada sebahagian anggota masyarakat terutama disekitar daerah ini untuk mengisi aktiviti riadah bersama keluarga.

“K1M Putatan telah berganding bahu bersama beberapa agensi berkaitan untuk mengatur program kemasyarakatan yang dapat menyantun keperluan mereka sebagai anggota masyarakat dan juga sebagai pengguna.

“Hasrat kami ialah memurnikan kehadiran masyarakat itu agar mereka sentiasa dapat menyemai prinsip hormat mnghormati dan menanamkan rasa kecintaan terhadap negara kita,” katanya.

IMG-20180506-WA0017-01
Tambahnya, semangat ini kita perlu tanamkan ditengah kerancakan kempen-kempen politik dari parti-parti yang bertanding.

“Kalau kita terlepas pandang, adakalanya kita tersasar akibat perbezaan pendapat, maka dengan kewujudan program ini, setidak-tidaknya menjadi penyantun kepada anggota masyarakat,”jelasnya.

Pengunjung yang hadir dapat mengisi aktiviti riadah yang telah di rangka seperti cabutan tiket bertuah, kuiz penonton, pertandingan memasak, pameran masakan tradisi, khidmat pelanggan dari bank berkaitan disamping menikmati pembelian barang keperluan harian dengan harga patut.
IMG-20180506-WA0015-01
Selain itu, program ini turut menyediakan ruang kepada anggota K1M untuk pameran, hiasan dan juga jualan produk daripada kawasan masing-masing.

Program yang berlangsung di Tapak Tamu, Golden Centre Putatan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin pada Sabtu.

Hadir sama, Penolong Pengarah PKPM JaPen, Ahmad Fauzi Lamsin dan  Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Sabah, Umar Salim Saidin.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda