Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Ghapur Usul FELDA Bayar Dividen Secara Bulanan

By 6 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan oleh:Jusman Hedoh/ Foto: M.Yusuf Md Asis

TAWAU, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Calon Parlimen P.191 Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh akan mengusulkan kepada pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) agar dividen para peneroka di Sabah dapat dibayar secara bulanan berbanding secara tahunan.

“Wang dividen tersebut sudah pasti dapat memberi manfaat kepada para peneroka terlibat, khususnya dalam mempertingkatkan taraf hidup mereka.

“Saya berharap para peneroka di Sabah, khususnya di Felda Umas dan Kalabakan dapat terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dengan itu, BN akan berupaya melaksanakan misinya untuk terus membela dan memperjuangkan nasib rakyat, termasuklah warga FELDA,”ujar Ghapur.
IMG-20180506-WA0022
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Mok Cek Wang Imbuhan Tahunan bernilai RM470 ribu untuk 235 ahli Koperasi Pembangunan Murut Kalabakan Tawau Sdn Bhd.

Upacara penyampaian cek tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar FELDA Wilayah Sahabat, Datuk Juany Salleh kepada Pengerusi Koperasi Pembangunan Murut Tawau, Staincen Kari.

Turut hadir di majlis itu ialah calon BN kerusi DUN N.59 Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.

Pada majlis tersebut, Felda Wilayah Sabah turut menyampaikan sumbangan 300 buah kerusi untuk kegunaan dewan berkenaan dan tangki air kepada ahli-ahli koperasi.

Setelah selesai, Ghapur bersama rombongan kemudiannya menghadiri  program yang sama di Felda Umas, Tawau.

-MRR

Tinggalkan komen anda