Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Lumpuh Seumur Hidup Akibat Jatuh di Tempat Kerja

By 5 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Suhaimi Nik Wil & Zulfadli
Ab. Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Akibat terjatuh di tempat kerja empat tahun lalu di sekitar Kuala Krai semasa bekerja sebagai buruh binaan tidak disangka sama sekali kejadian tersebut menyebabkannya lumpuh seumur hidup.

Inilah suratan takdir yang terpaksa diterima Razali Husin, 49, dari Kampung Kenor, di sini. Lebih memeritkan lagi isterinya juga tidak bekerja dan mengidap penyakit kencing manis kronik di samping lima orang anak yang masih bersekolah.

Razali teruja menerima kerusi roda baharu bagi menggantikan kerusi roda lamanya yang telah uzur.

Razali teruja menerima kerusi roda baharu bagi menggantikan kerusi roda lamanya yang telah uzur.

“Sebagai seorang beragama Islam saya reda dengan nasib malang yang menimpa kami sekeluarga sebegini,” luahnya sayu.

Setelah lumpuh empat tahun lalu, beliau menyara hidup keluarganya dengan bantuan yang diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

Pentadbir Mukim DUN Guchil, Salihin Ismail, mengatakan pihaknya sedang berunding dengan JKM agar bantuan yang diterima Razali dapat dinaikkan.

“Pihak kami sedang berusaha dan berbincang dengan pihak terbabit agar bantuan bulanan dinaikan kepada RM450 sebulan untuk meringankan beban yang ditanggung Razali.

“Pada minggu hadapan pula sebuah kerusi roda baharu akan diserahkan untuk kegunaannya seharian,” ujarnya yang ditemui ketika menziarahi Razali di kediamannya, hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda