Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Buka Pusat Jagaan Di Pejabat Elak Ibubapa Berhenti Kerja

By 9 Julai 2018Julai 11th, 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Majikan di semua sektor awam dan swasta sewajarnya menyediakan pusat asuhan atau Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di pejabat masing-masing, bagi memudahkan ibubapa meletakkan anak sepanjang waktu bekerja.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif berkata pengwujudan pusat penjagaan kanak-kanak di pejabat adalah satu langkah yang sangat baik.

wakil pesakit menerima beg barangan keperluan diri daripada Norazlinah.

wakil pesakit menerima beg barangan keperluan diri daripada Norazlinah.

“Bagi saya, bila ada ibu atau bapa yang berhenti kerja disebabkan tanggungjawab menjaga anak, bukan sesuatu yang luar biasa.

“Menjadi ibu bapa itu kadang-kadang harus memilih yang mana lebih penting, samada karier ataupun anak-anak, kerana kedua-duanya adalah amanah.

“Jadi saya sedar ada berlakunya ibubapa yang terpaksa berhenti kerja dan bagi saya ini tidak sepatutnya berlaku, sekiranya ada sistem sokongan daripada pihak majikan, mungkin kita akan dapat mengurangkan kes-kes seperti ini,”katanya.

Asnan(kiri) menyampaikan kerusi roda kepada wakil unit hemodialisis

Asnan(kiri) menyampaikan kerusi roda kepada wakil unit hemodialisis

Menurut Norazlinah, bukanlah suatu tindakan atau pilihan yang mudah apabila sesorang yang berkarier meninggalkan anak di dalam jagaan orang lain.

“Jadi apabila pihak majikan bekerjasama mengadakan pusat jagaan seperti ini, sudah tentu akan melegakan hati para ibu bapa di luar sana.

“Jadi pengenalan pusat penjagaan seperti diumumkan baru-baru ini adalah sangat menarik minat saya secara individu dan saya harap lebih banyak jabatan yang turut serta dalam memastikan pusat jagaan ini diadakan.

Antara pihak penaja yang menerima sijil penghargaan.

Antara pihak penaja yang menerima sijil penghargaan.

“Saya berharap Sabah juga turut serta dalam program ini kerana walaupun kes seperti arwah adik Adam Rayqal tidak banyak berlaku di ini, tetapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak terlibat sama dan memastikan perkara ini dicegah lebih awal,”ujarnya.

Katanya, pengwujudan pusat jagaan ini bukan hanya melibatkan pihak kerajaan, malahan pihak swasta juga diharal untuk turut serta bagi memastikan pekerja mereka yang juga aset untuk setiap syarikat mendapat fasiliti, dalam menjadi pekerja dan juga turut sama menjadi ibu bapa yang baik.

Norazlinah ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih dan Ziarah Aidilfitri Pesakit Hemodialisis Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada Ahad.

Dr. Tan Bee Hwai (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Norazlinah.

Dr. Tan Bee Hwai (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Norazlinah.

Program tersebut merupakan anjuran BSMM Ibu pejabat Negeri dan BSMM Daerah Bandaraya KK dengan kerjasama Unit Hemodialisis HWKKS.

Katanya, Kementerian Kesihatan adalah satu kementerian yang baharu diperkenalkan di negeri ini dan merupakan satu indikasi untuk menunjukkan bahawa kerajaan baharu sangat komited memperbaiki tahap kesihatan rakyat.

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan dan kesejahteraan Rakyat bakal mengambil alih tanggungjawab kesihatan yang sebelumnya di letakkan sepenuhnya di peringkat persekutuan bagi memastikan kesihatan penduduk di negeri Sabah akan meningkat tarafnya selepas ini.

Norazlinah dan Dr. Tan Bee Hwai memotong kek bersama-sama pihak penaja.

Norazlinah dan Dr. Tan Bee Hwai memotong kek bersama-sama pihak penaja.

Dalam pada itu, Pengerusi Bulan Sabit MerahMalaysia (PBSMM) Sabah, Asnan Yunus Chung berkata program sebegini seharusnya diteruskan kerana pesakit hemodialisis sangat memerlukan sokongan moral dan seharusnya diberi perhatian.

“Saya difahamkan kerajaan tidak begitu bersedia untuk menghadapi pesakit-pesakit baharu yang ingin menerima rawatan hemodislisis, maka kami cuba membuat satu kertas kerja dan membuat lawatan semula ke Miri untuk mencontohi kejayaan mereka.

“Mereka sangat berjaya dalam mengendalikan hemodialisis mempunyai hampir 300 buah mesin yang dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah sepenuhnya.

“Kami juga memerlukan sokongan daripada syarikat-syarikat besar dan juga kerajaan untuk menjayakannya di Sabah pula,”ujar Asnan.

Asnan ketika ditemubual oleh pemberita.

Asnan ketika ditemubual oleh pemberita.

Antara barangan sumbangan yang diterima oleh Unit Hemodialisis HWKSS dan pesakit ialah lima buah kerusi roda, barangan keperluan diri, hamper, payung, baucer makan malam, peti televisyen dan Astro Njoi.

Selain daripada BSMM, beberapa penaja lain adalah Sabah Tourist Guide Association, Lions Club KK Sutera, Sabah Land Rover Club, Astro Njoy, Sky Hotel dan Hotel Hyatt.

Turut hadir sama, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Dr. Tan Bee Hwai dan Pengerusi BSMM Daerah KK, Lo Nam Yee.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda