Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Sultan Mizan Rasmi Taman Herba Integrasi Pasir Raja

By 23 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan dan foto : Mahadi Mustafa / Che Mat Roplan Salim (Dungun)

DUNGUN, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan Taman Herba Integrasi Pasir Raja, di sini semalam.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda Tengku Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az serta turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad, Tan Sri Abdul Rahman Mamat.

Menteri Besar Terengganu sedang menyampaikan ucapan

Menteri Besar Terengganu sedang menyampaikan ucapan

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata syarikat Bioalpha diberi tugas membangunkan tanah seluas 406 hektar di Pasir Raja sebagai sebuah taman herba tradisional tempatan dan menjadikan Terengganu berpotensi dikenali sebagai hab makanan suplimen antarabangsa.

“Dalam masa sama, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada lebih 50 penduduk tempatan bekerja sebagai kerani, penjaga tapak semaian dan tanaman herba,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Taman Herba Pasir Raja yang mempunyai lebih 20 jenis tanaman herba tradisional merupakan projek pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) membabitkan usahasama awam dan swasta dimajukan Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECERDC) bersama syarikat pengeluar produk suplimen kesihatan iaitu Bioalpha.

Antara tetamu yang terdiri daripada wakil jabatan, agensi serta pemimpin masyarakat yang hadir ke majlis

Antara tetamu yang terdiri daripada wakil jabatan, agensi serta pemimpin masyarakat yang hadir ke majlis

Antara herba yang ditanam adalah tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, hempedu bumi dan banyak lagi.

EM

Tinggalkan komen anda