Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Tujuh Cabaran Menanti Pelajar IPT di Baling

By 14 Julai 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

BALING, 14 Jul (Malaysiaaktif) – 37 pasukan yang melibatkan 148 peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT) Zon Utara dan beberapa negara Asean iaitu Myanmar, Thailand, Cambodia, Vietnam, Laos, Singapura, Brunei, Indonedia, Filipina dan tuan rumah Malaysia berkampung di Baling sejak semalam.

IMG-20180714-WA0027

Tujuannya ialah untuk menyahut cabaran “Baling Nature Explorace” sempena program ASEAN@Campus 2018 yang akan diadakan di Baling, Kedah pada 14-15 Julai 2018.

IMG-20180714-WA0021

 

Menurut Pengarah Cawangan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia, Norkhanizan Manaf, objektif program ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat di Malaysia berkaitan negara-negara ASEAN daripada aspek sosiobudaya, sosiopolitik, ekonomi, sistem pentadbiran dan adat resam serta kepercayaan. Program outreach ini akan meningkatkan kefahaman akan hubungan antarabangsa sesama negara-negara jiran khususnya negara-negara ASEAN di Malaysia.

Norkhanizan Manaf

Norkhanizan Manaf

Katanya lagi, Program ASEAN@YOURFINGERTIPS 2018 merangkumi dua program iaitu #ASEAN@School dan #ASEAN@Campus yang merupakan kompilasi daripada kesinambungan program-program ASEAN yang telah dilaksanakan oleh
Cawangan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2008.

IMG-20180714-WA0022

Program #ASEAN@School menyasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah manakala Program #ASEAN@Campus menysarkan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA), NGOs dan masyarakat setempat.

IMG-20180714-WA0015

 

IMG-20180714-WA0020

Bagi program asean@campus ia diadakan pada 14 dan 15 julai yang meliputi dua program utama iaitu Baling Nature Asean Explorace dan Baling Mountain Challennge.

IMG-20180714-WA0007

Baling Nature Asean Explorace melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan Kolej Komuniti di zon utara

IMG-20180714-WA0018

Antara acara di dalam program ini ialah ASEAN@Water Raft Challenge, ASEAN@Rope Challenge, ASEAN@Culture Challenge, ASEAN@Life Style Challenge, ASEAN@Food Delight Challenge, ASEAN@Coffee Prince Challenge di beberapa lokasi antaranya, Kolej Komuniti Baling ( Mula/Tamat), Dusun Tok Wa Desa Sentosa, Kampung Titi Teduri, Pulai, Sawah, Kg Tok Harun Pulai, Sungai Baling, Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa, Kem PLKN, Sungai Limau.

IMG-20180714-WA0068

ASEAN@Rope Challenge

IMG-20180714-WA0066

Acara kedua yang terbuka kepada masyarakat pula ialah, mendaki gunung Baling (Baling Mountain Challennge).

IMG-20180714-WA0086

Ia dihadkan kepada 200 sahaja menyasarkan penduduk di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Ini bagi mengelakkan kesesakan di atas Gunung Baling yang berketinggian 546 meter dari aras laut.

Salah seorang peserta Nurkhairunnisa Hassan dari Kolej Komuniti Taiping berkata, dia mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk datang dan menyertai acara ini bersama beberapa lagi kawannya dan seorang pegawai pengiring.

Nurkhairunnisa Hassan

Nurkhairunnisa Hassan

Tujuannya ialah bagi mencari pengalaman baru dan menyahut cabaran program ini yang melibatkan pelbagai pasukan.

IMG-20180714-WA0069

Selain itu menurutnya, ia bagi menambah ilmu pengetahuannya berkaitan negara Asean.

Menurut Hanim Idayu Basri dari Kolej Komuniti Sungai Petani, dia menyertai acara ini bagi mengharumkan nama Kolejnya jika pasukannya memenangi acara ini.

Saya ingin mengharumkan nama Kolej Komuniti Sungai Petani - Hanim Idayu Basri

Saya ingin mengharumkan nama Kolej Komuniti Sungai Petani – Hanim Idayu Basri

Dia juga selalu menyertai acara-acara yang mencabar seperti ini kerana hobinya memanjat gunung.

IMG-20180714-WA0002

Pelepasan acara ini dibuat pagi tadi di hadapan Kolej Komuniti Baling oleh Pegawai Daerah Baling bersama Pengarah Kolej Komuniti Baling dan Pengarah Cawangan Perhubungan Antarabangsa Jabatan Penerangan Malaysia.

Tinggalkan komen anda