
Laporan & Foto oleh Siti Nabila Bohari & Mohd Najib Mohaini ( Johor Bahru )
ISKANDAR PUTERI, 13 Ogos (MalaysiaAktif) – Datuk Osman Sapian menyambut Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 Peringkat Negeri Johor Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kempen Kibar Jalur Gemilang 2018 Peringkat Negeri Johor bertempat di Hotel Jen Puteri Harbour, Iskandar Puteri di sini petang tadi.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada petang ini melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 Peringkat Negeri Johor di βPit Stopβ ke-4 sambil disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam ucapan beliau menekankab bahawa kontrak sosial merupakan asas kepada kemakmuran negara dan perlu difahami.
Tambah beliau, sikap saling mempercayai, kesedaran mengenai perkongsian hidup, redha dengan ditakdirkan dan berkongsi masa depan telah mendoronh wujudnya kerjasama antara kaum.
” Kontrak sosial ini menyumbang ke arah kerukunan hidup bangsa negara ini apabila semua pihak sentiasa saling memahami”, kata beliau lagi.
Bersempena sambutan bulan kebangsaan ini juga, rasa syukur dan terima kasih perlu di nyatakan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan mengibarkan jalur gemilang.Bukan sekadar untuk suka-suka sahaja tetapi dengan penuh penghormatan dan penghayatan nilai-nilai yang mendukung semangat patriotisme.
Hadir sama Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Haji Hashim Bedu dan Pengarah Penerangan Negeri Johor, Zainudin Ismail.
* AA / MRR