Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Kerabat Diraja Johor Sertai Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018

By 13 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan: Khairun Nadiah dan Nurul Azreen
Foto: Foto KMJG2018

Nusajaya, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 yang kini berada di negeri Johor menjadi lebih bermakna apabila turut disertai ahli kerabat diraja Johor, Yang Mulia Dato’ Tunku Ibni Tunku Muhammad dan Yang Mulia Dato’ Tunku Hassan Ibni Tunku Muhammad.IMG-20180813-WA0061

Pertama kali menyertai konvoi KMJG2018 di Johor, Tunku Omar menggap acara konvoi ini adalah satu usaha yang baik dalam usaha memeriahkan sambutan bulan kebangsaan.

“Konvoi seperti ini boleh diadakan dengan saiz yang lebih besar sekaligus menyemarakkan lagi semangat bersatu padu antara semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tunku Hassan yang juga pertama kali menyertai konvoi ini menekankan kepentingan meningkatkan semangat patriotisme khususya buat pelajar-pelajar sekolah.IMG-20180813-WA0105

“Adalah menyedihkan apabila ada segelintir anak-anak muda zaman sekarang tidak tahu erti Jalur Gemilang yang sebenar. Oleh itu, saya harap konvoi ini boleh meletakkan fokus yang lebih besar terhadap pelajar-pelajar di sekolah sekaligus meningkatkan kesedaran mereka tentang erti Jalur Gemilang dengan lebih mendalam, ” ujarnya ketika ditemui petang tadi.

Tunku Omar telah menamatkan penyertaan konvoinya di Kluang manakala Tunku Hassan telah meneruskan konvoi sehingga ke hentian terakhir buat hari ini iaitu di Nusajaya.

Tinggalkan komen anda