Skip to main content
HomeTerengganu

Hari Pertama Festival Kenyir 2018 Meriah

By 30 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

HULU TERENGGANU, 30 Ogos (MalaysiaAktif) – Hari pertama Festival Kenyir 2018 yang bermula pada hari ini di Pengkalan Gawi menyaksikanĀ  pelbagai gelagat pengunjung dan peserta festivalĀ  yangĀ  gembira dan teruja.

Program yang menghimpunkan pelbagai pengisian untuk setiap lapisan umur bermula hari ini seawal pukul 8 pagi hingga 11 malam dan akan berlangsung selama empat hari.

Pengunjung yang datang dapat menikmati program Kenyir Island Hopping (KIH) di Taman rama – rama, Taman Orkid dan Taman Herba. Pertandingan Memanah, Kenyir Cruise yang akan membawa pengunjung ke Pulau Poh dan Pulau Orang Asli. Persembahan Tarian Sewang, Dikir Barat, Persembahan Rodat dan Sajak Orang Hulu di Rumah Orang Ulu.

Antara belia dari Kampung Tengkawang yang terlibat dalam Pertandingan Explorace KAWAT - KETENGAH

Antara belia dari Kampung Tengkawang yang terlibat dalam Pertandingan Explorace KAWAT – KETENGAH

Pengisian lain sepertiĀ Pameran Auto Show yang terdiri dari kereta volkswagen selain diadakan pertandingan memancing, demostrasi serta jualan usahawan food truck yang merupakan pengusaha produk setempat. ManakalaĀ bagi peminat kumpulan nasyid, mereka berpeluang menyaksikan persembahan kumpulan Rabbani dan Soutul Amal.

Segmen Konsert Fiesta D’ Kenyir pula akan menampilkan penghibur tanah air seperti Hattan, Ronnie Hussien, Bob AF dan juga akan menampilkan persembahan dari anak jati Hulu Terengganu iaitu Mat Over.

Pengunjung yang ditemui sangat gembira kerana dapat melihat secara dekat tentang perkembangan di Tasik Kenyir. Abdul Hakim Abdullah, 26, dari kampong Tengkawan antara pengunjung yang ditemui amat gembira kerana pengisian program yang diatur oleh penganjur amat menarik. Beliau juga merupakan salah seorang daripada peserta Explorace Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan KETENGAH bersama 8 lagi rakan beliau dan telah berjaya memenangi hamper serta baucer penginapan di sebuah hotel di negeri ini.

Jadual Festival Kenyir 2018

Jadual Festival Kenyir 2018

Kadir Kadiri Jusoh, 54, merupakan Pelukis Cat Air akan berada sepanjang program diadakan. Pengunjung yang berminat untuk mendapatkan lukisan karikatur, lukisan potret atau lukisan cat Air boleh singgah di Gerai Live Drawing & Sketch dan Karikatur di kawasan Perkarangan KH Shoppe. Para pengunjung berpeluang membuat tempahan lukisan dengan kadar yang sangat murah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memberi ruang untuk bersama dalam program ini.

Seorang lagi pelukis yang ditemui, Salyuddin Yusof, 43 dari Persatuan Pelukis Terengganu (PETER) berkata beliauĀ turut gembira dengan penganjuran festival ini. Beliau juga nampak teruja dan berkataĀ jangka masa untuk beliau menyiapkan satu lukisan pelanggan mengambil masa satu jam.

Nordin Kadir, 48 antara pengunjung yang ditemui berkata “Festival ini memberi ruang dan peluang untuk kita melihat produk yang dijual di sini.

Festival ini merupakan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Orang ramai masih berpeluang untuk hadir khususnya seluruh daerah Hulu Terengganu dan sekitarnya yang akan berakhir pada Ahad ini.

 

EM

Tinggalkan komen anda