Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

Konvoi Kembara Merdeka Gelorakan Sekolah-Sekolah Dengan Semangat Kemerdekaan

By 13 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor/ foto oleh: Roziman Mahmudin dan Jeffrey Nian

LABUAN 13 Ogos (MalaysiaAktif) – Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya merupakan pepatah lama yang berkait dengan usaha menggelora dan menyemai benih-benih patriotisma dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Rombongan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diketuai Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan bersama-sama dengan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, badan-badan bukan kerajaan (NGOS) serta ahli-ahli Muafakat Komuniti Malaysia mensasarkan sekolah-sekolah rendah menjadi tempat persinggahan konvoi ini.

Wajah-wajah anak Labuan

Wajah-wajah anak Labuan

Majlis perasmian penutupan Konvoi Kembara Merdeka 2018 peringkat W.P Labuan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Raisin Saidin di SRK Layang-Layangan, tengahari tadi.

Ujar Raisin, golongan belia iaitu golongan mahasiswa mahupun para pelajar sekolah perlu dipupuk dengan nilai-nilai patriotisma melalui program-program sebegini demi menyemarakkan semangat patriotisma di jiwa mereka.

Beliau berasa bangga dan terharu dengan usaha pihak Jabatan Penerangan Labuan dan jabatan kerajaan yang lain menganjurkan program cintakan negara sempena bulan kemerdekaan.

“Saya berharap program sebegini kan dapat terus diadakan bagi menyemai benih-benih kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan perpaduan nasional melalui sambutan hari kebangsaan ini”, Raisin menambah lagi.

Pengarah Jabatan Penerangan W.P Labuan, Supian Musa  (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada Raisin.

Pengarah Jabatan Penerangan W.P Labuan, Supian Musa (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada Raisin.

Turut hadir, Guru Besar SRK Bukit Kalam, Rosli Mohd Ali; Guru Besar SRK Bebuloh, Adam Abd Rahim serta Guru Besar SRK Layang -Layangan, Dayang Damit Md Yassin.

HS

Tinggalkan komen anda