Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

My Merdeka 2018 Semarakkan Pelancaran Bulan Kebangsaan

By 4 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Abd.Aziz Osman / Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 4 Ogos (MalaysiaAktif) – Program My Merdeka 2018 meriah dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik, program ini telah berlangsung bermula semalam sehingga 5 Ogos ini bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam.

Exco Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata “ini merupakan pra-pelancaran My Merdeka 2018 di mana ada beberapa lokasi terpilih untuk program ini dilaksanakan antaranya di Mydin Mall Merujaya Ipoh, Perak dan Mydin Mall Subang,” ujarnya ketika melancarkan program berkenaan sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Samsuni Mohd. Nor, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Hj. Ibrahim Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus serta wakil Mydin.

Dengan Tema ‘Sayangi Malaysiaku’ program ‘My Merdeka’ dijayakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Mydin Mall bertujuan menyampaikan mesej kenegaraan dan kesedaran sosial kepada orang ramai agar bersama menyemarakkan bulan kebangsaan tahun ini dan menzahirkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Live Sketch Caricature” menaraik perhatian orang ramai

“Live Sketch Caricature” menarik perhatian orang ramai.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada program kali ini antaranya konvoi bermotosikal, pertunjukan layar bestari, pameran daripada agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia seperti MDEC, FINAS, SKMM, Jabatan Penerangan dan paling menarik perhatian adalah ‘live sketch caricature’ dimana pengunjung boleh mendapatkan khidmat pelukis untuk melukis wajah mereka dengan bayaran serendah RM10 sahaja.

Aktiviti merwarna kanak kanak

Aktiviti merwarna kanak kanak

Selain itu, orang ramai juga turut dihiburkan dengan persembahan pentas daripada artis Pentarama Jabatan Penerangan, pertandingan Bintang Patriotik dan kuiz kenegaraan dengan hadiah menarik disediakan.  Bagi kanak-kanak pula mereka begitu teruja dan bersemangat menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan.

Pengunjung yang hadir memeriahkan majlis perasmian sebentar tadi

Pengunjung yang hadir memeriahkan majlis perasmian sebentar tadi

 

Tinggalkan komen anda