Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Laungan Semata Tidak Cukup – Choo

By 28 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan : Noorshazana Shaadan       Foto : Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Port Dickson)

PORT DICKSON, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Dalam menyambut bulan kebangsaan, laungan ‘Merdeka’ sahaja tidak cukup untuk membangkitkan semangat masyarakat dalam menggelorakan sambutan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Choo Ken Hwa, menyifatkan menghormati dan mengibarkan Jalur Gemilang turut merupakan elemen yang penting dalam menunjukkan rasa sayang dan cintakan negara.WhatsApp Image 2018-08-28 at 6.53.32 PM

“Bendera merupakan lambang kebesaran sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Jalur Gemilang seharusnya berkibar megah di setiap rumah, sekolah, premis perniagaan, pejabat dan kenderaan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang Merdeka@Komuniti dan Kembara Kibar Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Port Dickson di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, mengibarkan Jalur Gemilang menunjukkan kesediaan rakyat dan bukti rakyat menyambut baik kempen yang dianjurkan.

“Cabaran globalisasi pada era ini berupaya meracuni minda seseorang sekiranya nilai patriotisme tidak ditanamkan dalam diri seseorang.

“Kita berada di dalam sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah yang menjadikan kita istimewa dan aset yang bernilai,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang peserta konvoi, Abdul Halim, 58, berkata ini merupakan penyertaan julung kali Persatuan Kereta Klasik dan Antik Negeri Sembilan dalam KMJG yang dianjurkan oleh agensi kerajaan khususnya Jabatan Penerangan.

“Saya dan rakan-rakan sangat teruja dengan penyertaan pertama kami dalam program ini dan mengharapkan kerjasama ini akan berterusan dalam menyemarakkan rasa kasih sayang kepada negara.

Katanya lagi, penyertaan kali pertama ini amat menggalakkan kerana terdapat 12 buah kereta klasik dan antik yang turut serta. Malah masih ramai ahli persatuan yang ingin bersama-sama dalam konvoi KMJG Port Dickson 2018 ini.WhatsApp Image 2018-08-28 at 6.53.29 PM

Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan KMJG daerah pada tahun ini meriah dan memberangsangkan dengan penyertaan keseluruhan 54 buah kenderaan yang terdiri daripada 22 buah agensi kerajaan dan swasta, 12 buah kereta klasik, 10 buah motorsikal berkuasa tinggi dari N9Edu Bikers dan 10 buah motorsikal trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melalui perjalanan sejauh 17.7 kilometer meliputi tujuh lokasi persinggahan.

-SH

Tinggalkan komen anda