Skip to main content
HomePutrajaya

Persembahan Pancaragam Curi Tumpuan Pengunjung

By 29 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Eparizan Mansor (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 29 Ogos 2018 (MalaysiaAktif) – Persembahan pancaragam gabungan pasukan beruniform pelbagai agensi keselamatan negara dan ketenteraman awam curi tumpuan pengunjung raptai penuh sambutan hari kemerdekaan ke-61.

Pentas persembahan memuatkan 524 anggota pancaragam gabungan pasukan beruniform

Pentas persembahan memuatkan 524 anggota pancaragam gabungan pasukan beruniform

Lagu-lagu patriotik yang didendangkan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan pengunjung yang hadir. Persembahan pancaragam penuh bertenaga ini diketuai oleh Mejar Abdul Rahman Abdullah dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selaku pengarah muzik dengan bantuan oleh ASP Mesmoro Edward dari Polis Diraja Malaysia.

Penglibatan Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia gabungan darat, laut dan udara

Penglibatan Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia gabungan darat, laut dan udara

Persembahan pancaragam yang mantap hasil kolabrasi pasukan beruniform dijayakan bersama seramai 524 anggota pemuzik secara keseluruhannya. Kolabrasi ini terdiri daripada pancaragam Angkatan Tentera Malaysia gabungan darat, laut dan udara, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Sharifah Rodziah Syed Jalaluddin bersama keluarga memeriahkan sambutan raptai kemerdekaan ke-61 di Putrajaya

Sharifah Rodziah Syed Jalaluddin (tengah) bersama keluarga memeriahkan sambutan raptai kemerdekaan ke-61 di Putrajaya

Sharifah Rodziah Syed Jalaluddin dari Selayang antara pengunjung yang hadir turut melahirkan rasa gembira dan tertarik dengan persembahan pancaragam tersebut. Beliau berkata sambutan kali ini nampak menarik dengan penglibatan kolabrasi pancaragam agensi kerajaan yang sangat berbakat. Ini merupakan tahun ke tiga beliau bersama keluarga meluangkan masa menghadiri raptai penuh dan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Orang ramai turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan bertemakan Sayangi Malaysiaku pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya.

EM

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda