Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Semangat Patriotisme Nilai Utama Jati Diri Rakyat

By 9 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Seman Wan Bedollah / Mohd Noor Mahmuddin (Jeli)

JELI, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Nilai patriotisme yang tertanam dalam setiap jiwa rakyat Malaysia perlu menjadi pendorong dan pemangkin kepada usaha-usaha memajukan dan memakmurkan negara tercinta.

Ketua Jajahan Jeli, Nik Raisnan Hj. Daud, menyatakan bahawa patriotisme merupakan nilai utama yang menjadi jati diri rakyat negara ini dan rasa tersebut perlu ada dalam minda dan jiwa setiap rakyat Malaysia.

Upacara pelepasan konvoi KMJG 2018 oleh Nik Raisnan di Dataran Hentian Bas Jeli, pagi tadi.

Upacara pelepasan konvoi KMJG 2018 oleh Nik Raisnan di Dataran Hentian Bas Jeli, pagi tadi.

“Ia penting bagi memastikan keberadaan negara bangsa tidak diancam atau dimusnahkan oleh musuh-musuh negara. Semangat patriotisme yang sejati dan kental ini tidak akan mengizinkan musuh memperlekehkan kedaulatan, hak dan kepentingan negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Jeli 2018 di Dataran Hentian Bas, Jeli pagi tadi.

Nik Raisnan menegaskan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap negara ini pasti dapat mendorong semangat dan pengorbanan yang tinggi terhadap tanah air.

“Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta dapat bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekaligus perpaduan kaum yang merupakan suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

Sementara itu, seorang pengunjung program, Rosnani Harun, 50, menyifatkan program seumpama ini amat berkesan dalam usaha menggelorakan semangat patrotik dan cintakan Negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sayangi Malaysiaku memerlukan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelbagai pihak untuk menyemai, memupuk dan memastikannya semangat ini terus diamalkan,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda