
Laporan & Foto Oleh Suhairi Ishak & Najib Mohaini ( Johor Bahru )
JOHOR BAHRU, 9 Ogos (MalaysiaAktif) – Pembukaan Rasmi Mesyuarat Ke Dua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke -14, telah berlangsung di Bangunan Sultan Ibrahim pada pagi ini dengan jayanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, telah berkenan memeriksa perbarisan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Kemudian Tuanku memberi tabik hormat dan seterusnya masuk ke dalam dewan bagi merasmikan Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-14.
Dalam titah,Tuanku mengingatkan ke semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk menjaga adap sewaktu bersidang dan tidak menjadikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sarkas.
Tuanku juga mengingatkan Speaker Dewan Negeri supaya menjalankan tugas dengan cekap dan tegas. Tuanku juga menegaskan jika Ahli Dewan yang bertindak melampaui batas dan melanggar peraturan, mereka akan diarahkan ke luar dewan. Perbahasan perlulah dibuat dengan berhemah dan teratur.
Sultan juga bertitah, sebagai raja yang memerintah, Tuanku akan bertanggungjawab terhadap kepentingan Johor dan rakyat, serta akan memberikan nasihat dan pandangan kepada Menteri Besar demi kebaikan negeri dan Bangsa Johor.
– AA / MRR