Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

SMK Baling Hidupkan Semangat Hari Kebangsaan

By 16 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto : Siti Yusmila Yusof(Baling)

 

Baling, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Baling disambut meriah oleh kira-kira 900 orang pelajar dan 95 orang guru semalam.

Acara meriah ini telah berlangsung di Dewan Al-Bukhari SMK Baling dan dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Baling, Mohamad Rabi Wahab.

WhatsApp Image 2018-08-16 at 15.01.04 (1)

Acara dimulakan dengan perarakan membawa masuk Jalur Gemilang oleh pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan nyanyian Lagu Negaraku berkumandang.

Menurut Mohd Nadzri Ismail, Guru Kanan Kemanusiaan SMK Baling, program sambutan bulan kebangsaan ini adalah program tahunan sekolah.

WhatsApp Image 2018-08-16 at 15.01.04

“Setiap tahun kita akan mengadakan program seperti ini yang seiring dengan kehendak dan hasrat kerajaan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan”. Katanya.

“Saban tahun pihak sekolah akan bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Baling dalam menganjurkan program seumpama ini”, tambahnya lagi.

Pengetua SMK Baling bersama guru wanita berpakaian tema Jalur Gemilang

Pengetua SMK Baling bersama guru wanita berpakaian tema Jalur Gemilang

Dalam ucapan perasmian, Pegawai Penerangan Daerah Baling, Mohamad Rabi Wahab, sebagai rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka, kita wajar mempertahankan kemerdekaan ini untuk generasi seterusnya.

“Kita perlu berusaha untuk menjadi dari yang baik kepada lebih baik kepada negara. sebagai rakyat Malaysia kita perlu sayang dan cintakan negara kita serta kekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini.” katanya.

WhatsApp Image 2018-08-16 at 15.01.03

Selesai majlis perasmian, beliau turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil setiap unit badan beruniform sekolah tersebut.

Sebelum majlis berakhir para pelajar dan guru-guru sama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang, lagu Kita Punya Malaysia dan lagu Negeri Kedah.

  • MRR

Tinggalkan komen anda