Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

100 Peserta Jelajah Enam Buah Sekolah

By 2 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh: Muhammad Syafiq Mohd Razi
Jurufoto: Mohd Syafiq Md Saad

KUALA NERANG, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Penjelajahan Konvoi Kelab Malaysiaku Daerah Padang Terap ke enam buah sekolah menengah di daerah ini pada 30 Ogos yang lalu telah berjaya menggelorakan semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar.

antara persembahan semasa majlis penutup

antara persembahan semasa majlis penutup

IMG-20180902-WA0003

Konvoi yang terdiri daripada 14 buah kenderaan dan 100 orang peserta ini memulakan siri penjelahannya di perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap dan lokasi pertama adalah di SMK Dato Syed Ahmad, kemudian di SMK Kuala Nerang, SMK Padang Terap, SMK Pedu, SMK Naka dan berakhir di SMK Lubuk Merbau.

IMG-20180902-WA0005

Konvoi Kelab Malaysiaku dirasmikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Fathullah Suhaimi Ismail semasa majlis penutupan konvoi di lokasi terakhir iaitu di SMK Lubuk Merbau.

Beliau berkata, “Kemerdekaan adalah warisan pejuang bangsa yang tidak ternilai dan generasi muda hari ini adalah pewaris bangsa yang wajib mempertahankan kemerdekaan ini untuk kekal utuh selamanya,” tegas beliau.

ketibaan peserta konvoi

ketibaan peserta konvoi

Program ini bertujuan untuk menggelorakan sambutan bulan kebangsaan di samping meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan pelajar sekolah juga generasi muda masa kini.

Hasil temubual dengan seorang pelajar, Muzamir Firdaus Rahmat,16 , beliau merasa amat berbangga kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang telah merdeka.

pelajar-pelajar daripada enam sekolah berkumpul di destinasi terakhir konvoi bersatu hati mengibarkan Jalur Gemilang

pelajar-pelajar daripada enam sekolah berkumpul di destinasi terakhir konvoi bersatu hati mengibarkan Jalur Gemilang

Menurutnya lagi, “program pada hari ini menyedarkan saya betapa pentingnya erti sebuah kemerdekaan pada sesebuah negara dan juga kepada setiap individu di Malaysia.”

Selain itu, program ini juga diserikan dengan pelbagai acara di setiap lokasi persinggahan, seperti persembahan silat, mendeklamasikan puisi kenegaraan dan pelbagai persembahan kebudayaan. Manakala peserta konvoi pula di ketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap, Siti Nor Salwa Abd. Razak telah mengedar jalur gemilang kepada pelajar dan sijil penyertaan kepada Kelab Malaysiaku di setiap lokasi persinggahan.

Tinggalkan komen anda