Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Konvoi Merdeka Ziarah Masjid

By 2 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & Foto : Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Alternative Riding Club (ARC) Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengadakan program Konvoi Sempena Karnival Merdeka @Masjid, di sini semalam.

Konvoi yang disertai hampir 200 peserta bermotosikal itu berkumpul di perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah untuk upacara perasmian dan pelepasan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir. Zakiyuddin Abdul Rahman sebelum menuju beberapa lagi masjid yang telah ditetapkan.

F18CBF5C-A392-4891-81BF-4B1B98048B3A

Menurut Zakiyuddin, konvoi masjid ke masjid ini bertujuan adalah untuk menyebarkan tentang kebaikan Agama Islam sempena meraikan Bulan Kemerdekaan ini. Beliau menambah, masjid bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata kerana ia juga merupakan pusat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti majlis ilmu, karnival kemasyarakatan, gotong-royong dan sebagainya. 

Masjid Al-Falal Wal Kamal, Pajak Song, Masjid Kampung Banggol, Masjid Jamiul Badawi dan Masjid Datuk Syeikh Adnan menjadi destinasi persinggahan peserta-peserta konvoi tersebut. 

Konvoi dijadualkan tamat di Masjid Lama Kuala Muda dan Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Kawasan Penaga, Ustaz Yusni Mat Piah.

Sebelum berlepas, Ketua Konvoi, Muhammad Khir menyampaikan taklimat program kepada semua peserta terlibat dan taklimat keselamatan oleh anggota PDRM.

Para peserta merakam gambar kenangan

Para peserta merakam gambar kenangan

ER

Tinggalkan komen anda