Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Kota Meriah

By 1 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & Foto : S. Shalene / Shamsul Bahari Abdul Shukor (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Padang Kota, Lebuh Light, di sini Semalam.

Ribuan warga Pulau Pinang hadir sejak awal pagi untuk memeriahkan sambutan pada tahun ini. Walaupun pada sebelah pagi hujan namun ia tidak sedikit pun merencatkan program perarakan yang dijadualkan.

Barisan Kenamaan yang hadir

Barisan Kenamaan yang hadir

Sebanyak 123 kontinjen mengambil bahagian pada tahun ini terdiri daripada 109 kontinjen pejalan kaki manakala 14 kontinjen kenderaan bermotor. Yang DiPertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr. Hj. Abdul Rahman Hj. Abbas hadir memeriksa kawalan kehormatan Pasukan 3 Amor Diraja Kem Sungai Petani yang seterusnya menyempurnakan sambutan pada tahun ini.

Meriah, Peserta Perbarisan segak dengan baju sedondon

Meriah, Peserta Perbarisan segak dengan baju sedondon

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Orang ramai yang hadir turut menzahirkan rasa Sayangi Malaysiaku dengan Jalur Gemilang

Orang ramai yang hadir turut menzahirkan rasa Sayangi Malaysiaku dengan Jalur Gemilang

ER

Tinggalkan komen anda