Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Nasib Mangsa Ribut Mendapat Perhatian Kerajaan Persekutuan

By 23 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan : Sufian Bin Kamarudin
Foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 22 Sept (Malaysiaaktif) — Nasib 109 mangsa ribut di Negeri Perlis, di sini, terbela apabila sejumlah RM74,500.00 peruntukan disalurkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi membantu mereka.

IMG-20180923-WA0007

Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail , berkata peruntukan kepada mangsa diberikan kerajaan persekutuan merupakan sebahagian ihsan bagi meringankan sedikit beban mangsa-mangsa bencana ribut.

IMG-20180923-WA0010

Dalam kejadian ribut yang melanda Negeri Perlis pada 17 september yang lalu, telah menjejaskan lebih 100 buah rumah kediaman serta telah mengorbankan 4 nyawa.

“ Pada hari ini, seramai 109 ketua isi rumah akan menerima bantuan ihsan yang akan disampaikan dengan nilai bantuan sebanyak RM500. Manakala bagi waris yang mana ahli keluarga meninggal dunia akan diberikan RM5000.00 setiap waris,” Katanya.

IMG-20180923-WA0004

“ Seperti yang sedia maklum, bantuan ini bukanlah sebagai ganti rugi. Kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kesedihan akibat kejadian bencana seumpama ini tidak ada ganti rugi yang mampu dibayar, “ ujarnya.

Tambahnya lagi, bantuan yang diberikan pada hari ini juga berdasarkan kerosakan yang dialami walaupun jumlahnya tidak seberapa namun ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

IMG-20180923-WA0008

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada 109 mangsa bencana ribut di Auditorium Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perlis.

Majlis ini dihadiri Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Azlan Man . Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan serta exco-exco kerajaan negeri.

IMG-20180923-WA0005

Sementara itu, Omar Bakar, 67, berkata, dalam kejadian ribut yang berlaku itu menyebabkan rumahnya rosak hampir 50 peratus dan memerlukan kos tinggi untuk dibaiki.

Katanya, dia terpaksa mengeluarkan lebih RM2,000 untuk membaik pulih segala kerosakan termasuk bumbung, tangga serta sebahagian dapur yang rosak.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat dan gembira dengan keprihatinan kerajaan menghulur sumbangan untuk mengurangkan beban kami,” katanya.

Seorang lagi penerima, Zarina Ahmad,56 , berkata, fenomena itu menyebabkan kerosakan lebih 30 peratus pada bahagian bumbung rumahnya.

Katanya, ketika kejadian dia tinggal bersama suami serta tiga orang anak dan bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku kepada mereka sekeluarga.

“Kira-kira RM300 telah dibelanjakan untuk membaiki semula atap rumah yang rosak disebabkan kejadian itu,” katanya.

 

Tinggalkan komen anda