Skip to main content
Berita TempatanHomePerak

Misi Galas Youth For Change

By 30 September 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh: Hasnida Samsudin / Foto: Mohamad Faizal Zubir (Putrajaya)

IPOH, 30 Sep (MalaysiaAktif) – Misi warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah memastikan perlindungan warisan semula jadi dan budaya sentiasa terpelihara serta mempunyai nilai sejagat yang luar biasa di samping memenuhi enam kriteria pemilihan seperti cemerlang, sahih, inovatif, mesra alam, boleh dipasarkan dan adil.

Malaysia mensasarkan antara lainnya pendidikan sebagai fokus utama dalam melahirkan modal insan kelas pertama sekali gus menepati misi warisan dunia. Secara tidak langsung, penglibatan secara aktif negara di UNESCO membuka banyak ruang dan peluang untuk mempelajari bidang pendidikan negara lain dan dimanfaatkan ke dalam sistem pendidikan negara.

Pic 1 & 2: Dr Maszlee beramah mesra bersama pempamer

Dr Maszlee beramah mesra bersama pempamer

Mengimbas sejarah, UNESCO ditubuhkan pada 16 November 1945 dan Malaysia menganggotai UNESCO mulai 16 Jun 1958. Hari UNESCO Malaysia dianjurkan bagi mengangkat peranan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dalam mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dengan UNESCO untuk sektor pendidikan, saintifik dan kebudayaan.

Kapsyen 5. Antara pengunjung yang mengambil bahagian dalam mewarna

Antara pengunjung yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna

SKUM diletakkan di bawah naungan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1966. Bagi pelaksanaan sambutan Hari UNESCO Malaysia (HUM) 2018 yang berlangsung selama dua hari bermula 29 sehingga 30 September 2018 bertempat di Ipoh, Perak, ianya diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) / Jabatan / Agensi / dan Jabatan Penerangan Malaysia khususnya BahagianPerhubungan Antarabangsa (BPA) dan Bahagian Komunikasi Visual (BKV) menjadi pelaksana bagi keseluruhan program KKMM ini.

Bagi Pengarah BPA, Norkhanizan Manaf berkata berbagai bentuk pameran seperti kesenian, kebudayaan dan warisan ditampilkan bagi memupuk sikap menghormati nilai sejarah khususnya dalam generasi muda.

“Sambutan ini memberi galakan kepada generasi muda rakyat Malaysia mencintai warisan UNESCO, memulihara serta mengekalkan warisan Malaysia,” katanya.

Sesi Temu bual Dr. Maszlee Malik bersama-sama Radio Perak FM

Sesi Temu bual Dr. Maszlee Malik bersama-sama Radio Perak FM

Terdahulu, Menteri Pendidkan, Dr Maszlee Malik sewaktu ditemu ramah oleh RTM (Radio Perak FM) berkata sambutan kali ini bertemakan Youth For Change memberi fokus kepada peranan belia meneraju perubahan di dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Berterusan atau Sustainable Development Goals (SDG) seperti yang digariskan oleh UNESCO.

“Sambutan Hari UNESCO 2018 antara lain juga turut mempromosikan penglibatan serta kejayaan-kejayaan kita dalam UNESCO kepada segenap lapisan masyarakat merangkumi badan-badan kerajaan, NGO, pelajarpelajar sekolah menengah dan rendah, serta komuniti dan masyarakat umum,” ujarnya.

 

Al-Waie Abu Bakar

Kajian daripada agensi kerajaan juga berperanan merangka satu mekanisme yang memastikan hidupan liar ini terpelihara – Al-Waie Abu Bakar

Sementara itu, Pengarah Perwakilan UNESCO di Jakarta, Mr. Shahbaz Khan, menjelaskan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang komited meraikan Hari UNESCO.

Menurut beliau lagi, rakyat negara ini harus berasa bertuah kerana Malaysia sentiasa meningkatkan daya tampak peranannya di peringkat antarabangsa melalui penglibatan aktif di UNESCO.

Lee Yi

Lee Yi (kiri) ketika ditemuramah mengenai Tema Youth for Change

HUM 2018 yang dihadiri ramai pengunjung ini memberi petunjuk sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti negara ini yang berimpak tinggi. Antara pengunjung yang ditemu bual rata-rata berpuas hati dengan pengisian program yang cukup sempurna.

Lee Yi, 22, berkata, tema Youth for Change sangat bertepatan dengan situasi sekarang kerana menggalakkan generasi muda agar dapat membawa perubahan kepada negara. Fikiran orang muda penuh dengan kreativiti dan mereka sukakan cabaran dan kami sedia untuk menggalasnya.

Pandangan beliau turut disokong Iffa Munira, 24, yang gembira dengan penganjuran program yang mencapai sasaran matlamat di mana golongan sasaran adalah belia.

Penganjuran program mencapai sasaran - Iffa Munira

Penganjuran program mencapai sasaran – Iffa Munira

Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang sempat ditanyakan pandangan berkaitan HUM 2018, Al-Waie Abu Bakar, 26, menegaskan “agensi WWF yang turut terlibat  dengan pameran bersempena dengan hari UNESCO secara tidak langsung dapat menyebarkan kesedaran serta mendidik masyarakat terutama golongan belia dalam memastikan kelestarian hidupan liar dapat dipelihara. Kajian daripada agensi kerajaan juga berperanan merangka satu mekanisme yang memastikan hidupan liar ini terpelihara” ujarnya.

Bagi Mathi Vatani, 29, Programme Officer Eco School, bersetuju dengan tema yang dibawa pada kali ini bertepatan dengan kehendak golongan belia yang bakal menerajui negara sekaligus menepis persepsi bahawa belia tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab khususnya dalam pemuliharaan alam sekitar.

Hari UNESCO Malaysia 2018 yang bermula semalam berakhir hari ini.

 

HS

 

Tinggalkan komen anda