Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Terpancar Keceriaan Penghuni Rumah Fitrah Qaseh

By 30 September 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto oleh :  Siti Nabila Bohari  & Mohd Najib Mohaini ( Johor Bahru)

Johor Bahru, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Murni  bersempena Program Apa Kata Anak Malaysia Negeri Johor  tahun 2018 telah berlangsung di Rumah Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh di Larkin semalam.

Program ini melibatkan sukarelawan siswa dan siswazah dari Kelab Pembimbing Rakan Siswa Institut Perguruan Temenggung Ibrahim dan anggota Jabatan Penerangan Malaysia.

42723620_1974354202643867_8763658064843767808_n

Sukarelawan IPGKTI bersama anak-anak Rumah Fitrah Qaseh

Program gotong royong membersihkan persekitaran kawasan Rumah Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh tersebut memberi peluang kepada penghuni rumah kebajikan beramah mesra dan menceriakan hari mereka bersama sukarelawan yang terlibat.

Selain program gotong royong, pihak rumah kebajikan Fitrah Qaseh juga turut membuka jualan produk mereka sendiri seperti “popcorn” dan kek batik cheese.

Penghuni Rumah Fitrah Qaseh menjual popcorn dan kek batik yang dihasilkan oleh mereka sendiri

Program jualan tersebut juga kerjasama bersama rakan sukarelawan Jauhar. Khairunnisya Ubaidullah, sukarelawan Jauhar berkata, jualan popcorn tersebut membantu anak penghuni rumah kebajikan untuk menambah pendapatan serta memberi ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan kepada  penghuni rumah kebajikan tersebut.

Menurut Aleesya Abdul Razak, beliau gembira kerana berpeluang belajar bersama rakan sukarelawan jauhar untuk menghasilkan produk makanan. Beliau akan menggunakan pengalaman tersebut untuk kehidupan pada masa akan datang.Tambah beliau, ilmu yang dapat dari sukarelawan Jauhar akan di praktikkan kelak.

Pengasas dan penjaga rumah kebajikan, Camelia Arifin, turut bersyukur dengan adanya program Jiwa Murni ini, dapat membantu beliau untuk mengetengahkan kewujudan rumah kebajikan tersebut.

42761287_1974354149310539_5080364858495467520_n

Anak – anak ceria meneriam kasut sekolah baru sumbangan dari penderma

Beliau juga mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama penghuni rumah kebajikan tersebut dalam apa jua aktiviti yang bermanfaat.

Tambah beliau, harapan yang sangat tinggi agar rumah kebajikan Fitrah Qaseh mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya anak – anak yang tinggal di sini mendapat prihatian dan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka.

42663249_1974365032642784_1604430512829497344_n

Beliau juga turut bersyukur pada program ini, Ranhill SAJ Sdn. Bhd turut menyumbangkan tangki air keperluan kepada penghuni rumah kebajikan tersebut.

Jabatan Penerangan Negeri Johor turut memberi sumbangan yang berbentuk keperluan harian kepada penghuni Rumah Kebajikan Fitrah Qaseh.

Kegembiraan terpancar di wajah penghuni rumah kebajikan Fitrah Qaseh apabila restoran Mc Donald turut menyumbangkan makanan melalui Program Komuniti Mc Donald dan Ronald Mc Donald House Charity (RMHC).

ADUN Larkin bersama barisan sukarelawan dari IPGKTI dan penjaga penghuni Rumah Fitra Qaseh, Fitri (kanan) dan Camelia (empat dari kiri)

ADUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad berkata, “Program Jiwa Murni sebegini amat penting bagi golongan muda untuk memupuk satu sikap bantu membantu dalam membangunkan modal insan pada hari ini dan pada masa akan datang”, kata beliau ketika merasmikan Program Jiwa Murni di sini.

Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan dan diperbanyakkan lagi untuk membantu rumah pertubuhan kebajikan mendapat dana untuk keberlangsungan hidup penghuninya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Johor, Zainudin Ismail, Ketua Agensi Johor Bahru Ranhill SAJ Sdn. Bhd, Kamisan Sarlan dan Penaung rumah kebajikan Fitrah Qaseh, Mohd Yusof Rahmat dan Mira Makpol

 

AA / MRR

Tinggalkan komen anda