Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Bertanggungjawab Dalam Menggunakan Media Sosial

By 14 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Parno Salamat (Sarawak)
KUCHING, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Media sosial sebagai sebahagian daripada keperluan hidup yang meluas dapat memberikan manfaat dan pada masa yang sama ia juga memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat.
Kita harus bertanggunjawab apabila menyebarkan maklumat melalui media sosial dan jangan sebarkan maklumat yang berunsur fitnah atau memburukkan peribadi seorang kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pending, Violet Yong Wui Wui semasa Majlis Penutupan rasmi program pewaris Muda Negara 2018 di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak pada tadi.
Menurut Violet, walaupun media sosial telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, ia juga telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna sebagai alat untuk menyebarkan fitnah dan maklumat-maklumat yang salah dan tidak tepat, jelasnya.
“Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini untuk mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya, akses internet yang mudah dicapai di mana saja dengan hanya menggunakan telefon pintar membuatkan masyarakat kini sentiasa mendapat maklumat atau berita-berita semasa hanya di hujung jari” ujarnya lagi.

Violet Yong menyaksikan Aspirasi Pewaris Muda 2018 yang ditulis oleh peserta

Violet Yong menyaksikan Aspirasi Pewaris Muda 2018 yang ditulis oleh peserta

“Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat masa kini lebih cenderung untuk menggunakan media sosial bagi membincangkan isu-isu terkini selain mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan dengan isu-isu tersebut”
Beliau berkata, dengan mendapatakan informasi di hujung jari masyarakat khususnya para belia terdedah dengan pelbagai bentuk berita atau maklumat yang palsu. Sekiranya pembaca tidak berhati-hati dalam menentusahkan ketulenan sumber berita atau maklumat tersebut sebelum menularkannya.
Menurut Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim media sosial merupakan medium komunikasi yang amat berkesan dalam menyampaikan satu-satu mesej dan maklumat kepada komuniti.

Hazriel Hamdan, Kolej Kesihatan Awam

Hazriel Hamdan, Kolej Kesihatan Awam

Dengan itu, beliau berharap peserta-peserta telah mendapat manfaat dan berpesan supaya menggunakan kemahiran yang ada untuk dipraktikkan dan digunapakai semasa sesi pembelajaran di kolej namun haruslah secara secara berhemah.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Sarawak, Ajes Tuah  berkata Program Pewaris Muda Negara 2018 bermula pada 12 hingga 14 Oktober 2018 ini adalah merupakan program tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawa, dengan menghimpunkan 40 orang siswa dan siswi Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Politeknik Kuching dan Kolej Kesihatan Awam Kuching, jelasnya.
Matlamat paling besar bagi penganjuran program ini ialah untuk menyemai semangat perpaduan dan nilai murni melalui gaya hidup di era teknologi digital yang kian mencabar dan memupuk semangat jati diri serta cintakan negara dalam kalangan peserta yang terdiri daripada golongan generasi Y yang berpotensi. Mereka inilah yang akan dibawa untuk mempertahankan kedaulatan dan mengharumkan nama negara pada peringkat global.
“Saya percaya segala maklumat yang dijana, kemahiran yang dipelajari  dan pengalaman yang dirasai semasa program ini apabila digabungkan bersama idea generasi baharu ini dapat membuahkan hasil pemimpin yang lebih matang dan berkebolehan untuk menggalas peranan penting daripada pelbagai sudut dan aspek, tambahnya lagi.
Hazriel Hamdan 19, pelajar Kolej Kesihatan Awam berkata, program ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak muda yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Manakala Brenda ak Gornsen,24 berasal dari Lundu pelajar Kolej Kesihatan Awam Kota Sentosa berkata, Harapan saya untuk Malaysia adalah supaya lebih maju, aman damai dan tiada perbalahan dan saya berharap rakyat akan berkerjasama menjaga Negara ini.
Di samping itu, banyak tindak balas positif dari program ini salah satunya membangkitkan kerjasama antara satu sama lain dan membantu generasi muda untuk bersifat patriotisme.
Majlis dimulakan dengan pameran video dari setiap kumpulan peserta program, di mana mereka mempamerkan hasil video mereka dengan mengaplikasikan teknik-teknik dan ilmu yang telah dipelajari sepanjang program berlangsung.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Sarawk Abang Sardon Abang Hashim, Timbalan Pengarah Penerangan Malaysia, Ali Suhaili, Pegawai Hal Ehwal Pelajar mewakili Pengarah Kolej Kesihatan Awam Kuching, Sarawak, Muhamad Shakirin Abdul Salam.
-ER

Tinggalkan komen anda