Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tampin 2018

By 14 Oktober 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Salwati Md. Zam (Tampin)/ Mohd Fauzi Mohd Yusof, Saiful Azman Mohd Said

TAMPIN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tampin telah berlangsung di Kompleks Arena Dataran Tampin dengan penuh meriah.IMG-20181014-WA0002

“Hari Sukan Negara peringkat Daerah Tampin yang disambut pada hari ini menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan warganegara yang sihat. Ini kerana badan yang sihat, akal akan menjadi sihat dan seterusnya rakyat mampu menyumbang kepada corak pembangunan negara,” demikian ucapan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Tampin, Dr. Hasan Baharom ketika melancarkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tampin.IMG-20181014-WA0005

Penglibatan peserta daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dalam aktiviti yang diaturkan telah berjaya memupuk semangat perpaduan antara rakyat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik perdana, memanah, gusti lengan, muay thai, silat, taekwan-do, sepak raga bulatan dan pelbagai lagi.IMG-20181014-WA0001

Menurut seorang peserta, Latipah Husin, 35, “Program tahunan seumpama ini dapat memberi banyak manafaat yang sihat dan berfaedah kepada masyarakat kerana berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai bangsa dalam acara riadah dan senamrobik beramai-ramai yang turut disertai para pemimpin dapat melahirkan semangat kesukanan.”

Turut hadir menjayakan majlis sambutan pada pagi tadi adalah Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Repah, Veerapan Superamaniam, Pegawai Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin, Penyelaras DUN Gemas dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Tampin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda