
Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Azman Jumat(Sabah)
KOTA KINABALU, 16 Okt (Malaysiaaktif) â Seorang anggota Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah yang berpengalaman dalam bidang bantuan kemanusiaan di lapangan bencana memulakan misinya ke Kota Palu, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Pengerusi BSMM Sabah, Asnan Yunus Chung berkata, BSMM sudah pun memulakan misi bantuan kepada mangsa bencana gempa sejak 13 Oktober lepas.
âHentaman tsunami yang berlaku telah meranap dan menghanyutkan bangunan serta infrastruktur yang telah dibina sekian lama di tambah lagi dengan kehilangan dan kematian ahli keluarga.
âSituasi ini umpama kiamat kecil dan lebih sukar lagi, penduduk perlu mendapatkan perlindungan, bekalan makanan dan air bersih dan disitulah peranan BSMM untuk membantu keperluan mereka,âkatanya.
Menurut Asnan juga, BSMM turut membantu Palang Merah Indonesia (PMI) membangunkan Klinik Lapangan untuk memberi rawatan kepada mangsa berikutan fasiliti kesihatan yang rosak dan tidak lagi berfungsi selain mendirikan khemah untuk perlindungan sementara.
Asnan turut meminta masyarakat awam di Sabah khususnya yang ingin menghulurkan bantuan ke Tabung Bantuan Kemanusiaan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 5144 2210 2657 atau cek berpalang atas nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Terdahulu, Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tunku Temenggong Kedah, YTM Datoâ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muâadzam Shah telah melancarkan Tabung Kutipan Bantuan Kemanusian dan Bencana Sulawesi pada 4 Oktober lalu bagi membantu mangsa-mangsa bencana tersebut dengan sasaran sebanyak RM2 juta.
-FB