Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

FACE 3.0 Memperkasakan Keluarga Dan Komuniti

By 15 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan & Foto : Norieza Abd Ghafar & Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

KAPAR, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program yang memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti iaitu projek pembangunan model pengukuhan keluarga dan komuniti atau ‘FACE’.

“FACE ini dilaksanakan melalui kaedah yang komprehensif iaitu dengan mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahteraan keluarga di komuniti yang dipilih. Setelah dikenalpasti, maka akan dirancang program intervensi yang sesuai dan diperlukan”, kata Pengerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mariam Mas Yacob ketika merasmikan Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti (FACE) 3.0 Negeri Selangor bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar semalam.

Pengerusi LPPKN melancarkan program FACE 3.0 peringkat negeri Selangor.

Pengerusi LPPKN melancarkan program FACE 3.0 peringkat negeri Selangor.

“Kampung Setia Jaya, Bukit Kapar ini merupakan tempat kedua yang dipilih selepas Rumah Pangsa Seksyen 16 untuk dijadikan model komuniti yang akan diukur Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) dan terdapat 8 aspek atau domain yang digunakan bagi mengukur IKK iaitu :
1. Domain hubungan kekeluargaan;
2. Domain keluarga dan komuniti;
3. Domain ekonomi keluarga;
4. Domain keselamatan keluarga;
5. Domain kesihatan keluarga
6. Domain keluarga dan agama/kerohanian
7. Domain persekitaran dan perumahan; dan
8. Domain teknologi dan komunikasi
Dan soal selidik telah dibuat di sini dan skor yang didapati adalah 8.97 daripada skor maksimum 10”, ujar beliau lagi.

Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yacob.

Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yacob.

Tambah Mariam lagi, “program intervensi bagi domain yang rendah akan diutamakan namun program bagi intervensi yang lain juga akan dilaksanakan bagi membantu mengekalkan kesejahteraan di komuniti Setia Jaya ini”.

Turut diadakan majlis perlantikan dan penyerahan sijil kepada wakil bagi setiap domain FACE 3.0 kali ini untuk Kampung Setia Jaya. Turut hadir bersama adalah Pengarah LPPKN Negeri Selangor, Suriani Buang; Ketua Pegawai Operasi Program FACE, Rinawati Mohamad Nawawi dan Pengerusi KRT Kampung Setia Jaya, Mohd Nasro Md Ardani.

Hadirin mengunjungi gerai jualan yang disediaka.

Hadirin mengunjungi gerai jualan yang disediakan.

Program kali ini turut menyajikan aktiviti menarik seperti pameran interaktif daripada agensi-agensi termasuk Lembaga Zakat Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Perhilitan, GIATMARA dan juga Jabatan Pertanian. Terdapat juga pameran jahitan tangan dari Mostwell.

Peniaga-peniaga tempatan turut berniaga di sini dan kebanyakannya menjual makanan dan minuman kepada pengunjung yang hadir pada hari ini bagi memeriahkan lagi program kali ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda