Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Hobi Jadi Sumber Pendapatan

By 29 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Bermula sebagai hobi dan akhirnya menjadi sumber pendapatan, seorang pengusaha kraftangan Mohammad bin Julaihee, 48  dahulunya seorang penjawat awam namun bersara lebih awal dan yakin bahawa bidang perniagaan kraftangan ini mampu memberi pulangan dan menyara keluarga.

beliau bermula dengan perniagaan kraftangan secara atas talian dari tempahan sehingga pemasaran dan jualan kraftangan tersebut, beliau juga mendapat tempahan bukan sahaja di Kuching malah seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Menurutnya, Mohammad beliau terlibat dalam bidang kraftangan ini sejak tahun 2001 dan diusahakan secara kecil-kecilan. “Hobi saya ketika itu adalah untuk menghasilkan pelbagai rekaan bentuk perahu yang sesuai dijadikan kraftangan sama ada untuk kegunaan hadiah atau cenderamata mahupun sebagai perhiasan.

Mohammad Julaihee, menunjukkan meja dan kerusi yang dibuatnya hasil daripada kayu dan papan yang terbuang

Mohammad Julaihee, menunjukkan meja dan kerusi yang dibuatnya hasil daripada kayu dan papan yang terbuang

“Bermula dari situ, saya melihatnya sebagai satu peluang perniagaan sebelum mula memasarkan produk saya secara online,” kata pemuda berasal dari Mukah berbangsa Melanau, kini menetap di Kuching.

Antara produk yang dihasilkan Mohammad ialah replika perahu tambang, perahu bidar, beg, bingkai gambar, perabot seperti meja dan kerusi serta lain-lain.

Selain menyediakan pelbagai produk untuk pilihan pelanggannya, pembeli juga boleh menempah produk mengikut kehendak mereka.

“Saya memilih perniagaan kraftangan ini kerana dapat menguji kreativiti dalam menghasilkan pelbagai produk yang bersesuaian.

“Selain dihasilkan menggunakan material baharu, ada produk seperti meja dan kerusi dibuat menggunakan barangan terpakai iaitu papan kayu yang terbuang”.

“Saya menjual meja dengan harga RM400 hingga Rm1000 keatas manakala perahu tambang dari harga RM100 hingga RM800 dan yang lain mengikut saiz dan kehalusan reka bentuk”

antara kraftangan yang dihasilkan

antara kraftangan yang dihasilkan

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan yang banyak memberi bantuan dari pelbagain segi sehingga perniagaan beliau berjaya ke hari ini. “Sebelum ini, Saya pernah menerima bantuan dari Kraftangan Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan dan SEDC untuk skim Putra, kesemuanya bantuan berbentuk mesin dan lain-lain pekasa kraftangan”.

“Saya pernah menerima mengikuti Pertandingan Kraftangan peringkat Kebangsaan di Melaka dalam tahun 2014 mendapat kedua dengan menerima hadiah sebanyak RM2500.00, piala dan sijil dan pada tahun 2015 pula saya menerima Anugerah Sarawak Tourism Board dengan menerima hadiah wang Tunai sebanyak RM8000.00, Piala dan Sijil” ujar beliau.

Bercerita mengenai aspirasi masa depan, Mohammad Julaihee mengakui selepas hampir 17 tahun menjalankan perniagaan dan membuat kraftantan, dia menyimpan hasrat untuk menjadikan perniagaan itu sebagai karier utama.

“Saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ini secara lebih serius dan menjadikannya sebagai kerjaya utama pada masa depan.

“Ini kerana saya melihat terdapat potensi besar dalam perniagaan kraf tangan berdasarkan rekaan grafik dengan permintaan terhadapnya semakin meningkat,” katanya.

Bagi yang berminat untuk melihat produk yang dihasilkan bolehlah berkunjung ke pesta kraftangan di Tebingan Kuching mulai 26 Oktober hiingga 4 November 2018 ini.

-ER

Tinggalkan komen anda