Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Industri Pelancongan Sebenarnya Berada Di Luar Bandar – Assaffal

By 2 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Perjanjian Persefahaman(MOU) antara Universiti Malaysia Sabah(UMS), Kolej Antarabangsa AlmaCrest (AIC), Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) dan Persatuan Pelancongan Kadamaian (KATA) yang fokus kepada kawasan luar bandar menerima pujian daripada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Assafal Alian.

Assafal ketika ucapan perasmian

Assafal ketika ucapan perasmian

Menurutnya, pelancongan sebenarnya berada di luar bandar kerana ia mempunyai kebudayaan, gunung yang tinggi, sungai yang cantik dan masyarakat serta tradisi kehidupan mereka yang boleh ditawarkan sebagai produk pelancongan.

“Usaha pada hari ini adalah tepat, sebab kita mahu masyarakat luar bandar bersedia untuk menerima tugas sebagai duta pelancongan pada masa akan datang.

Assafal merakamkan kenangan selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman.

Assafal merakamkan kenangan selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman.

“Lebih baik lagi, saya tertarik mengenai program ini ialah penekanan kepada penglibatan belia, sebab mereka yang akan meneruskan usaha ini pada masa akan datang.

“Kita mahu kekayaan ini dikongsi sama rata, kekayaan ini tidak seharusnya cuma berada di bandar, kekayaan ini sepatutnya dirasai oleh masyarakat kampung dan mereka harus terlibat dengan usaha yang membabitkan negeri dan negara ini,”ujarnya.

Antara jemputan yang hadir

Antara jemputan yang hadir

Justeru, melalui program seumpama ini sahaja hasrat itu dapat dicapai dengan merujuk kepada Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan sebagai ukuran kejayaan.

“Saya tidak berharap yang kita mesti menjadi yang terbaik atau mencapai 100 peratus dari pada KPI, tetapi apa pun hasilnya nanti, dari situ lah kita belajar jika ada penambahbaikan yang harus kita buat.

Antara jemputan yang hadir

Antara jemputan yang hadir

“Ini ialah proses pembelajaran untuk menjadikan kita sebuah negara maju di masa akan datang, itu cara kita bekerja sekarang,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pada Selasa.

Hadir sama, Wakil Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Ismail Ali; Pengarah AIC, Stephanie Yen; Pengerusi KATA, Walter Kandayon dan Pemangku Pengerusi KTA, Mejin Maginggow.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda