Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pemilihan PKR: Amirudin Menang Ketua Cabang Gombak

By 21 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menang selesa bagi jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan (PKR) Gombak dalam pemilihan yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua mendapat 1,115 undi mengalahkan seorang lagi calun, Datuk Mohamed Nizam Md Saad yang memperoleh 196 undi.

Pemilihan jawatan Timbalan Ketua Cabang dimenangi Abdul Rahim Kasdi yang mendapat undi sebanyak 797, mengalahkan Mazlan Musa 374 undi.

Bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang bagi jawatan Timbalan Presiden di Cabang Gombak apabila memperoleh undi sebanyak 823, manakala pesaingnya Rafizi Ramli mendapat 242 undi.

Amirudin (kiri) sedang menyemak Kod QR dalam proses pemilihan PKR Gombak, hari ini.

Amirudin (kiri) sedang menyemak Kod QR dalam proses pemilihan PKR Gombak, hari ini.

Sementara itu, Amirudin hadir di pusat pengundian pada 12.30 tengahari, menyatakan pihaknya memohon maaf kepada penduduk sekitar Batu Caves yang terjejas akibat kesesakan lalu lintas di Jalan Sungai Tua susulan Pemilihan PKR Cabang Gombak.

Amirudin sedang mengundi menggunakan e-voting ketika proses pemilihan PKR Cabang Gombak.

Amirudin sedang mengundi menggunakan e-voting ketika proses pemilihan PKR Cabang Gombak.

Menurut Amirudin, walaupun lokasi proses pemilihan itu menghadapi masalah lalu lintas namun ia disifatkan kondusif bagi proses pengundian.

“Lokasi ini agak selesa untuk pengundian, mudah di akses dan dekat dengan jalan cuma masalah jalan masuk yang agak padat.

“Namun saya jangka jalan kembali lancar menjelang petang kerana ini boleh dikatakan keadaan normal pada waktu hujung minggu,” katanya.

Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak bermula jam 10 pagi terganggu seketika apabila berlaku insiden tolak menolak jam 2.30 petang.

Namun ianya dapat dikawal pihak keselamatan dan keadaan kembali tenang sehingga waktu tamat pemilihan pada jam 5 petang.

-NAZ

Tinggalkan komen anda