Skip to main content
HomeLabuan

Karnival Borneo Badudun Perkasa Peranan PIBK

By 21 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Md. Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Borneo Badudun memperkasa peranan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam Pembangunan Akademik dan Sahsiah Murid 2018 melambangkan penyatuan erat antara Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dengan warga sekolah.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin, program itu bertepatan dengan anjakan ke sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu bekerjasama dengan ibu bapa dan komuniti secara meluas.

“Karnival ini mampu melahirkan komuniti yang bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira apa jua agama dan kaum” katanya.

Salah satu persembahan dari pelajar sekolah rendah

Salah satu persembahan dari pelajar sekolah rendah

“Usaha ini dapat menyampaikan mesej penting kepada umum bahawa semua pihak sama ada yang terlibat dalam bidang pendidikan mahupun masyarakat di segenap lapisan” tambahnya.

“Permuafakatan sebegini menunjukkan kepada kita bahawa anjakan ke sembilan sudah mula mendarah daging jiwa masyarakat di Labuan demi memperkasa PIBK dalam pembangunan akademik dan sahsiah murid seterusnya ke arah kemenjadian murid yang semakin menyerlah di Labuan ini,” ujarnya lagi semasa merasmikan program tersebut di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, petang tadi.

Karnival yang berlangsung selama sehari itu diisi dengan pelbagai acara antaranya Kupi-kupi Santai PIBK, Sesi Dialog dan Forum, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Menumpah Ambuyat, Sukaneka, Pesta Pantai, Persembahan rendah dan menengah serta Senaman Zumba.

Persembahan mukun dari SK Tanjung Aru

Persembahan mukun dari SK Tanjung Aru

Hadir sama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan, Omar Baki dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Labuan, Maimon Matnoh.

EM

Tinggalkan komen anda