Skip to main content
Berita TempatanHomePahangPutrajaya

Perpaduan Rakyat Masih Utuh – Sukari

By 6 Oktober 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Khairun Nadiah/Syed Hisham (Putrajaya)

KUANTAN, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Peserta Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 kali ini terdiri daripada peserta pelbagai kaum membuktikan semangat perpaduan masih utuh dalam kalangan rakyat di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abd. Hamid menyifatkan program seumpama ini menyatukan rakyat di bawah satu payung.

“Ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan dalam memacu negara ke arah yang lebih gemilang dengan melahirkan rakyat yang berkualiti terutamanya daripada golongan muda.

“Sebagai rakyat, kita bukan sahaja menuntut apa yang kerajaan mahu beri kepada rakyat, tetapi kita juga perlu memberi sumbangan kepada negara sebagai tanda menghargai keamanan yang dinikmati,” katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam Sekalung Budi, di sini malam semalam.

Sukari turut berharap perjuangan belia dalam menzahirkan rasa cinta akan tanah air tidak hanya terhenti selepas program berakhir.

“Apa yang dilakukan ini dikira sebagai sumbangan dalam mengukuhkan jati diri dan perpaduan bangsa,” tambahnya.

Program Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan anjuran JaPen ini berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok (6-7 Oktober).

-SH

Tinggalkan komen anda