Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sultan Brunei dan Raja-Raja Melayu Diraikan Dalam Santapan Diraja

By 28 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Azian Saad/Unit Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia

ALOR SETAR, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha adalah antara tetamu diraja yang diraikan dalam Majlis Santapan Diraja yang diadakan semalam di Istana Anak Bukit, di sini.

Majlis tersebut diadakan bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang berlangsung pada 22 Oktober lalu.

Majlis dimulakan dengan acara bergambar oleh semua tetamu diraja diikuti dengan nyanyian lagu ‘Allah Selamat Sultan’, persembahan tarian dan nyanyian pembukaan majlis oleh penyanyi Hazra dengan lagu “Daulat Tuanku-Sultan Negeri Kedah Darulaman” yang merupakan lagu terakhir ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Keberangkatan Raja-Raja Melayu, Pemangku Raja-Raja Melayu serta Yang Dipertuan Negeri-Negeri adalah tanda institusi raja-raja amat erat antara satu sama lain.

Keberangkatan Raja-Raja Melayu, Pemangku Raja-Raja Melayu serta Yang Dipertuan Negeri-Negeri adalah tanda institusi raja-raja amat erat antara satu sama lain.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, dan Sultanah Maliha Tengku Ariff turut berkenan berangkat ke acara yang gilang-gemilang ini.

Turut berangkat bersama, Sultan Terengganu, Sultanah Terengganu, Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis, Sultan Selangor, Permaisuri Selangor, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Perak, Raja Permaisuri Perak, dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puan Pahang.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Datuk Seri Utama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tunku Temenggong Johor, Raja Muda Kedah, Timbalan Perdana Menteri, Tunku Bendahara Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Laksamana Kedah serta Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan dan Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Istiadat Pertabalan telah mengadap Sultan Negeri Kedah untuk memulakan acara santapan.

Semasa acara santapan berlangsung, tetamu telah dihiburkan dengan persembahan artis undangan Dayang Nurfaizah dan pemain violin terkenal Dr. Joanne Yeoh yang turut diiringi oleh barisan Orkestra Kuala Lumpur.

Keberangkatan Raja-Raja Melayu, Pemangku Raja-Raja Melayu serta Yang Dipertuan Negeri-Negeri adalah tanda institusi raja-raja amat erat antara satu sama lain.

-SH

Tinggalkan komen anda