Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Warga Emas Perlu Kekal Aktif, Prihatin Pada Kesihatan Diri

By 29 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Warga emas disaran terus melakukan aktiviti harian secara aktif serta prihatin kepada kesihatan peribadi kerana kecergasan diri mempengaruhi minda dan emosi dalam menghadapi sebarang situasi.

Timbalan Pengarah Klinikal II Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. Irene Chau berkata, warga emas perlu sentiasa lakukan aktiviti yang digemari termasuklah bersenam kerana kesihatan minda dan emosi merupakan konsep yang memerlukan keseimbangan antara aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial.

“Bagi mengekalkan pemikiran yang positif, setiap individu khususnya warga emas sewajarnya melakukan senaman secara berkala bergerak aktif melalui persatuan dan pertubuhan yang digemari, meningkatkan komunikasi sosial dengan kawan-kawan selain mengutamakan pemakanan seimbang.

Kakitangan dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Kota Kinabalu turut menawarkan khidmat pembersihan tangan dan kuku di setiap wad sepanjang sambutan berlangsung.

Kakitangan dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Kota Kinabalu turut menawarkan khidmat pembersihan tangan dan kuku di setiap wad sepanjang sambutan berlangsung.

“Keprihatinan terhadap kesihatan diri bukan sahaja menghasilkan minda yang sihat sebaliknya mempengaruhi kebolehan seseorang bertindak balas dengan cara yang sesuai dan sewajarnya,” katanya.

Dr. Irene berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Program Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat HQE bertemakan ‘Meraikan hak asasi warga emas’ bertempat di Auditorium Utama, baru-baru ini.

Terdahulu, Pengerusi Sambutan Hari Warga Emas Peringkat HQE, Dr. Premala A/P Subramaniam berkata, sambutan Hari Warga Emas yang dianjurkan setiap tahun memberi peringatan kepada kita bahawa penuaan ialah satu proses yang pasti bagi setiap individu, justeru semua pihak wajar mengambil langkah awal bagi mencapai penuaan yang berjaya pada masa hadapan.

“Warga emas merupakan aset yang amat penting kepada negara kerana mereka memiliki ilmu, pengalaman dan kepakaran yang sukar dicari ganti. Usia emas itu bukanlah noktah bagi mereka untuk menyumbang tenaga dan idea.

Aktiviti khidmat sosial gunting rambut kepada warga emas turut dilakukan diruang legar sambutan berlangsung.

Aktiviti khidmat sosial gunting rambut kepada warga emas turut dilakukan diruang legar sambutan berlangsung.

“Sehubungan itu, menjadi obligasi sosial dan komitmen masyarakat dan kerajaan untuk menyediakan persekitaran kondusif dan mesra untuk warga emas sebagai tanda pengiktirafan bagi membolehkan warga emas kita hidup secara aktif, produktif dan sihat,” jelas Dr. Premala.

Hampir seluruh warga HQE, serta wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli lembaga pelawat hospital hadir menjayakan program sambutan.

Selain daripada pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma, sambutan turut diisi dengan aktiviti lawatan dan khidmat penjagaan kesihatan kepada pesakit khususnya di kalangan pesakit warga emas di wad berdekatan.

Dr. Premala yang juga Ketua Unit Geriatrik HQE menambah adalah menjadi tanggungjawab Unit Geriatrik HQE mengambil langkah-langkah awal agar golongan warga emas terus cergas, sihat dan terus aktif memberi sumbangan.

Dr.Irene ( tiga dari kanan) merakamkan gambar bersama-sama tetamu jemputan sejurus merasmikan sambutan Hari Warga Emas peringkat HQE 2018.

Dr.Irene ( tiga dari kanan) merakamkan gambar bersama-sama tetamu jemputan sejurus merasmikan sambutan Hari Warga Emas peringkat HQE 2018.

Pihak hospital akan terus merancang dan mempergiat pelbagai program kesedaran dan pengetahuan agar masyarakat maklum bahawa proses penuaan yang sihat penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan setiap warga emas.

EM

Tinggalkan komen anda