Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Penjual Tempe, Tukang Urut Bangkit Ubah Kehidupan

By 29 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

SEPANGGAR, 29 Okt (Malaysiaaktif) – 16 tahun lalu, dia sendiri tidak pernah menjangka kereta tua yang digunakan untuk menjual tempe mampu ditukar dengan kereta mewah hanya selepas beberapa bulan menyertai syarikat Vroom Entrepreneur dan mempelajari selok belok perniagaan yang betul.

Meneruskan perniagaan keluarga, anak jati Tawau ini, Mohammad Wandi Karani, 47, memasarkan tempe menaiki kereta tua miliknya sehinggalah seorang teman memperkenalkan padanya tentang sistem yang ditawarkan oleh VE untuk membantu usahawan dan graduan yang sedang mencari pekerjaan.

Wandi (kiri) tidak berputus asa untuk mengubah kehidupan

Wandi (kiri) tidak berputus asa untuk mengubah kehidupan

“Saya tertarik untuk menyertai pasukan VE kerana konsep pendidikan yang dibawanya dan dalam masa yang sama mendapat sokongan dan bimbingan penuh daripada mereka hingga perniagaan saya lebih teratur.

“Dalam pada itu, saya juga berjaya membantu rakan-rakan dan ramai anak muda yang sedang mencari pekerjaan, ataupun tidak mampu menghabiskan alam persekolahan kerana masalah kewangan hingga berjaya membuka perniagaan sendiri seperti Bengkel Motor, Kedai Urut dan juga Kedai Makan.

Nabira bersama suami gembira merakamkan kenangan dihadapan kereta yang diperoleh

Nabira bersama suami gembira merakamkan kenangan dihadapan kereta yang diperoleh

“Tambahan pula, yang mengajar dan membimbing kami cara-cara memulakan perniagaan dengan betul adalah orang yang sangat dikenali dalam bidang ini dan Alhamdulillah, VE juga telah tersebar hingga ke Indonesia, Thailand dan juga Filipina,” jelas Wandi.

Tambahnya juga, jangan pernah merasa rendah diri dengan hanya menjual tempe seperti dirinya kerana jika kita rajin untuk belajar dan bijak memilih institusi yang betul-betul dapat membimbing, tidak mustahil kejayaan itu pasti menjadi milik kita.

Dari kiri: Syahairi, Mas Ayu dan Dr. Zhamriee selepas selesai menandatangani MOU

Dari kiri: Syahairi, Mas Ayu dan Dr. Zhamriee selepas selesai menandatangani MOU

“Tidak semestinya, kejayaan itu akan diperoleh jika kita punya pelajaran yang tinggi atau pun bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, dengan hanya menjual tempe sahaja, saya mampu menghadiahkan ayah saya sebuah motosikal berkuasa besar seperti yang diidamkannya,” kata Wandi.

Sementara itu, seorang Tukang Urut Nabira Mutram, 42, pada mulanya menyertai VE kerana ingin membantu meringankan beban suami dalam perbelanjaan harian.

“Pendapatan sebagai tukang urut tidak menentu, suami pula hanya mampu memberikan saya wang belanja sebanyak RM200 sahaja sebulan, memandangkan perbelanjaan untuk anak-anak seramai tiga orang semakin meningkat, jadi saya pun mencuba untuk mencari pendapatan sendiri.

Dr. Zhamriee Gulam Rasul

Dr. Zhamriee Gulam Rasul

“Alhamdulillahlah, dalam tempoh empat bulan ini, bukan sahaja saya mampu membantu rakan-rakan saya menambah pendapatan keluarga, tetapi saya juga dapat hadiah kereta mewah hasil usaha saya mengikut sistem yang diperkenal dalam VE.

“Selepas ini, insyaAllah saya akan mampu membuka kedai urut sendiri untuk memudahkan juga pelanggan lama dan baharu untuk datang mendapatkan khidmat saya.

“Jika sebelum ini saya hanya berurusan dengan berjalan kaki, kini hadiah kereta mampu melancarkan lagi urusan harian kami nanti,” kata Nabira gembira.

Dr. Zhamriee menjelaskan sesuatu kepada usahawan mengenai sistem yang dijalankan dalam VE.

Dr. Zhamriee menjelaskan sesuatu kepada usahawan mengenai sistem yang dijalankan dalam VE.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif IUM, Mejar (K) Dr. Zhamree Ibni Gulam Rasul berkata dengan sempurnanya Memorandum Persefahaman (MOU) antara VE dan Institut Usahawan Muda (IUM) akan memberi impak besar dalam pengiktirafan kepada ahli-ahli dalam menjadikan Network Marketing sebagai kerjaya sepenuh masa seterusnya memberi keyakinan dan motivasi kepada masyarakat sekitar.

“VE ialah sebuah syarikat yang berorientasikan tiga konsep iaitu pendidikan, keusahawanan dan kerjaya, di mana, 30 peratus daripadanya ialah pendidikan secara teori dan 70 peratus lagi akan dijalankan secara praktikal.

“VE dan IUM akan menjalankan program latihan kepada ahli dalam menjana pendapatan pasif dari 4 angka hingga 5 angka sebulan sama ada pendapatan harian, bulanan mahupun tahunan, seterusnya menjadikan ini platform dalam menaikkan taraf pendapatan dan kuasa beli setiap ahli.

Penerima-penerima motosikal merakamkan kenangan bersama Syahairi, Mas Ayu dan Dr. Zhamriee.

Penerima-penerima motosikal merakamkan kenangan bersama Syahairi, Mas Ayu dan Dr. Zhamriee.

“Secara tidak langsung membantu kerajaan dalam menstabilkan ekonomi, sosial dan politik sesebuah kawasan. Kepada ahli yang telah mencapai ke peringkat tertentu akan diberikan pengiktirafan sijil, diploma atau sarjana yang diiktiraf oleh IUM.

EM

Tinggalkan komen anda