Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Wujudkan Stadium Untuk Pembangunan Sukan Di Putatan

By 23 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto Disunting oleh: Azman Jumat(Sabah)

 

PUTATAN, 23 Okt (Malaysiaaktif) -Rancangan untuk mewujudkan sebuah stadium canggih untuk kemudahan dan pembangunan semua jenis sukan bagi rakyat di Putatan pastinya akan memberikan harapan gembira kepada warga daerah itu khususnya para belia.

Ahli Parlimen P.173 Putatan, Awang Husaini Datuk Sahari akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak Kerajaan serta dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Saya berhasrat untuk turut mewujudkan pusat-pusat sukan kecil yang akan dibina di setiap kampung secara berperingkat serta menjalin hubungan yang erat dengan setiap persatuan sukan di daerah ini agar program sukan dapat di rangka dengan lebih baik.

“Bagi menghargai semangat para atlet yang telah bertungkus-lumus membuat yang terbaik serta membawa nama negeri, saya akan pastikan mereka diraikan dalam jamuan makan malam yang diadakan setiap tahun sebagai satu apresiasi seluruh warga Putatan kepada para atlet dan jurulatih yang telah membawa nama Sabah dan Parlimen Putatan ke persada Sukan Malaysia.

Nurul Tasha Abdul Rahman yang meraih pingat emas dalam sukan muaythai bawah 45 kg

Nurul Tasha Abdul Rahman yang meraih pingat emas dalam sukan muaythai bawah 45 kg

“Saya juga berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada industri sukan P173 agar Putatan akan dapat melahirkan ahli sukan bertaraf antarabangsa satu hari nanti,”ujarnya ketika dihubungi.

Husaini juga telah mengadakan Majlis Makan Malam Dan Penghargaan Atlet SUKMA Ke-19 Parlimen P.173 Putatan pada Sabtu lepas yang turut dihadiri seramai 13 orang atlet dari daerah itu.

Katanya, SUKMA Ke-19 yang telah berlangsung dari 11 hingga 22 September lalu di negeri Perak telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang penglibatan negeri Sabah di dalam Sukan Malaysia.

“Saya difahamkan kali ini kontinjen negeri Sabah telah berjaya meraih sebanyak 106 pingat iaitu 32 pingat Emas, 28 pingat Perak dan 46 pingat Gangsa.

“Saya dimaklumkan bahawa seramai 13 orang atlet dari kawasan Parlimen P.173 Putatan telah menyertai SUKMA Perak ke-19 ini. Sesungguhnya kejayaan mereka dalam temasya Sukan Malaysia kali ini telah menaikkan moral atlet-atlet yang ada di seluruh kawasan Parlimen Putatan.

“Dalam masa yang sama adalah penting untuk kita terus menghargai jasa semua jurulatih yang telah membantu kejayaan para atlet semua,”ujarnya.

Tambah Husaini, tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen yang telah diamanahkan adalah untuk terus memberikan sokongan kepada semua penggiat sukan yang ada di seluruh kawasan Parlimen.

Antara jemputan yang hadir

Antara jemputan yang hadir

“Saya yakin dengan komitmen semua persatuan sukan di seluruh kawasan Parlimen Putatan untuk melahirkan lebih banyak bakat-bakat baru dalam pelbagai sukan dan sekali gus akan menambahkan lagi jumlah penglibatan atlet-atlet daripada Parlimen P.173 Putatan dalam temasya SUKMA.

“Untuk rekod, sejak dahulu lagi ramai atlet yang telah berjaya dari kawasan Putatan yang telah berjaya menyinar di pelbagai peringkat.

“Penglibatan atlet-atlet semua di dalam arena sukan bukan sahaja telah membentuk imej mereka tersendiri di dalam pasukan, tetapi dalam masa yang sama telah membudayakan kehidupan yang sihat dalam kalangan semua atlet.

“Saya berharap agar lebih banyak pencapaian akan dapat dilakar oleh semua penggiat sukan yang ada di seluruh kawasan ini. Dari semasa ke semasa juga, saya akan berusaha membantu semua persatuan sukan yang ada untuk merancakkan lagi industri sukan di kawasan Parlimen P.173 Putatan,” katanya.

Tinggalkan komen anda