Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

TVET Tawar Kebolehpasaran Graduan

By 23 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Nurzumira Ab. Rahim

SIK, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diminati pastinya menjadi impian.

Namun begitu, tidak ramai yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Institut Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ekoran kurang pendedahan tentang kebolehpasaran graduan serta kursus yang ditawarkan.

Ekoran daripada itu, Unit Promosi Institut Kemahiran Mara (IKM), Sik mengambil langkah proaktif bagi mempromosikan institut tersebut sebagai sebuah institusi yang menawarkan pengajian TVET bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Zumira (bertudung) memberi penjelasan kepada EXCO Alam Sekitar Kedah, Ooi Tze Min semasa menghadiri Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini.

Zumira (bertudung) memberi penjelasan kepada EXCO Alam Sekitar Kedah, Ooi Tze Min (dua dari kiri) semasa menghadiri Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini.

Penyelaras Unit Promosi IKM Sik, Nurzumira Ab.Rahim, berkata unit ini bergerak sebagai jawatankuasa yang bertanggungjawab mempromosi serta menyampaikan maklumat dan peluang pengajian yang ditawarkan kepada lepasan SPM serta belia yg berkelayakan.

“Seramai 10 orang terlibat dalam unit ini dan antara aktiviti yang dijalankan oleh unit ini adalah penyertaan dalam karnival atau hari terbuka yang dianjurkan oleh komuniti setempat dan juga ekspo pendidikan serta kerjaya samada oleh agensi awam ataupun swasta,” katanya ketika ditemui di Karnival Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah di SMK Chepir di sini, Ahad lalu.

“Sepanjang kami mengikut karnival seperti ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kita dapat membantu belia untuk mendapatkan info lebih jelas tentang kursus TVET,” ujarnya lagi.

Nurzumira turut menambah, sangkaan penuntut TVET adalah daripada golongan yang tercicir dalam akademik wajar ditepis kerana kebolehpasaran graduan adalah tinggi berikutan kerancakan sektor pembuatan dan industri di Malaysia yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran dalam pelbagai bidang.

Pemohon turut diberikan penerangan serta khidmat nasihat berkaitan bidang yang ingin diceburi.

Pemohon turut diberikan penerangan serta khidmat nasihat berkaitan bidang yang ingin diceburi.

“Bidang kemahiran berpotensi sebagai kerjaya dalam bidang industri dan mempunyai kemahiran teknousahawan.

“Ada pelajar yang sudah bekerja dalam bidang industri tetapi memilih untuk menyambung pengajian kerana sedar bahawa sektor industri memerlukan pekerja yang kompeten dari segi teori dan praktikal,” tambahnya.

Menurut Zumira lagi, menerusi Unit Promosi, pemohon boleh terus membuat permohonan kemasukan secara terus di kaunter yang dibuka semasa aktiviti promosi di luar IKM.

Zumira turut berharap agar belia dapat mengambil peluang yang ditawarkan oleh MARA dan tidak mengganggap institusi seperti IKM sebagai pilihan kedua sebaliknya mengambil peluang untuk meneroka bidang kemahiran dan teknikal di samping menikmati kemudahan dan kualiti pembelajaran yang disediakan.

-SH

Tinggalkan komen anda