Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Agrobank Komited Santuni B40

By 28 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Institusi perbankan Agrobank Cawangan Sik mengambil inisiatif untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi menyediakan kelengkapan sekolah menjelang sesi persekolahan 2019.

Seramai 20 orang pelajar terdiri daripada anak yatim serta asnaf menerima manfaat daripada program ‘Kembali ke Sekolah’ ini dengan membeli barangan kelengkapan sekolah di sebuah pasaraya, di sini Selasa lalu.

Menurut Pengurus Agrobank Sik, Nik Sharifuddin Bakri, program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh Agrobank sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan kurang berkemampuan khususnya B40.

Pengalaman berurusan dengan pelanggan daripada golongan B40 serta asnaf menberikannya idea untuk melaksanakan program sebegini.

Pengalaman berurusan dengan pelanggan daripada golongan B40 serta asnaf menberikannya idea untuk melaksanakan program sebegini.

“Ia mula diperkenalkan sekitar tahun 2016 dan merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai melalui tabung di Agrobank serta sumbangan peribadi daripada beberapa individu dan diinfakkan kembali kepada yang memerlukan.

“Setiap penerima boleh memilih sendiri barangan serta kelengkapan sekolah mengikut keperluan masing-masing termasuklah pakaian seragam sekolah, beg, alat tulis, kasut sekolah ataupun kelengkapan sukan yang bernilai RM100 setiap seorang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Tambahnya lagi, jelas terpancar kegembiraan pada wajah anak-anak ini apabila diberi peluang untuk memilih barangan sendiri.

“Ianya satu kepuasan kepada kami apabila dapat membantu mereka kerana ada di antara mereka masih lagi tidak membuat sebarang persediaan walaupun sesi persekolahan hampir tiba,” ujar pegawai berasal dari Kelantan ini.

Mengimbas kembali pengalaman sepanjang program ini, Nik berkata, antara yang tidak mungkin dilupakan adalah pada perlaksanaan kali pertama pada tahun 2016.

“Masih segar dalam ingatan seorang penerima bersama ibunya lewat sampai di pasaraya terbabit. Apabila ditanya punca kelewatan, motosikal yang dinaiki rosak di pertengahan jalan serta bekalan minyak motosikal hanya mampu untuk sampai ke Pekan Sik. Pengalaman ini membuatkan saya tersentuh dan merasa ia perlu diteruskan bagi membantu insan yang lebih memerlukan.

Penerima bantuan merakamkan memori bersama-sama pegawai-pegawai Agrobank.

Penerima bantuan merakamkan memori bersama-sama pegawai-pegawai Agrobank.

“Bagi mendapatkan maklumat tentang pelajar miskin tegar dan juga anak yatim kami menghubungi dan bekerjasama dengan guru-guru di sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Timur, SK Batu 5 serta SK Batu 8,” ujar Nik yang telah lima tahun bertugas di Agrobank Sik ini.

Nik yang berasal dari Jeli, turut menjelaskan pengalaman berurusan dengan pelanggan daripada golongan B40 serta asnaf menberikan idea kepadanya bagi melaksanakan program sebegini.

“Berkesempatan untuk turun padang dan bertemu dengan pelanggan dalam beberapa siri program membuatkan saya terpanggil untuk terus membantu agar mereka tidak merasa terpinggir.

“Semoga usaha yang kecil ini dapat diteruskan dari masa ke masa serta lebih banyak pihak serta individu tampil bagi membantu meneruskan kesinambungan usaha ini,” jelasnya lagi.

Menurut Nik lagi, peruntukkan zakat Agrobank bagi tahun 2018 juga disalurkan kepada Rumah Gemilang Adik bagi membiayai yuran persekolahan 83 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim dan miskin.

-SH

Tinggalkan komen anda