Skip to main content
Berita TimurPahang

SOROTAN PELANCONGAN WILAYAH TIMUR

By 27 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto : L.Allyshia

KUANTAN, 27 Dis (Malaysiaaktif) –  Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur telah menganjurkan program East Cost Region Tourism Highlights (ECRTH) 2018/2019 pada hari ini bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan yang dirasmikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Dr Zaliha Binti Zainuddin.

Program ini merupakan inisiatif yang dimulakan oleh ibu pejabat Tourism Malaysia bermula pada Oktober 2018. Program secara santai ini diadakan khas bersama penggiat industri pelancongan, pemilik produk serta pihak hotel di Wilayah Pantai Timur iaitu Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Objektif utama program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mengemaskini produk-produk pelancongan di Wilayah Pantai Timur kepada penggiat industri pelancongan negara.

Program ini turut menjadi wadah bagi pelancaran”E-News Letter : Salam Pantai Timur Highlights 2018/2019″ yang memaparkan produk-produk terkini dan acara pelancongan utama bagi ketiga-tiga negeri ini.

 

-KN

Tinggalkan komen anda