Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Komited Pelihara Alam Sekitar, AEON Tanam Lebih 500 Ribu Pokok

By 21 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Syed Hisham Shah/Edi Rizam (Putrajaya)

DENGKIL, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Sejak tahun 2004 lagi, pelbagai aktiviti penanaman pokok giat dijalankan oleh AEON Co. (M) Bhd. sebagai tanggungjawab sosial mereka terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini.

Kerjasama yang dikenali sebagai “Malaysia-Japan Friendship Forest” ini telah berjaya menanam lebih 60,000 pokok pelbagai spesis di kawasan Paya Indah Wetlands yang berkeluasan 26 hektar dengan kerjasama daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memastikan pokok-pokok yang ditanam subur dan dijaga rapi.

Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd. Shinobu Washizaw ketika menyampaikan ucapan beliau

Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd. Shinobu Washizaw ketika menyampaikan ucapan beliau

Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd. Shinobu Washizawa, menyifatkan aktiviti menanam pokok ini menjadi medium penting untuk membantu memelihara keseimbangan biodiversiti supaya khazanah alam semulajadi ini dapat dinikmati oleh generasi masa depan.

“Sehingga kini AEON telah menanam lebih daripada 500 ribu pokok di seluruh Malaysia dalam tempoh 27 tahun,” katanya ketika menyampaikan ucapannya sempena program Majlis Penyerahan Kawasan Penanaman Pokok di Paya Indah Wetlands, di sini hari ini.

Simbolik Penyerahan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Simbolik Penyerahan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

AEON kini menyerahkan kawasan keseluruhan projek ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk diselenggara sepenuhnya oleh jabatan itu.

“Selama lebih 15 tahun, kini kami serahkan kawasan ini kepada PERHILITAN agar pokok-pokok yang telah ditanam ini akan dijaga baik bagi memastikan ekosistem kekal terpelihara,” katanya yang fasih berucap dalam Bahasa Melayu.

Menteri Air, Tanah dam Sumber Asli, Xavier Jayakumar turut dibawa melihat sendiri pokok yang telah ditanam dan diberi penerangan mengenaik projek tersebut

Menteri Air, Tanah dam Sumber Asli, Xavier Jayakumar turut dibawa melihat sendiri pokok yang telah ditanam dan diberi penerangan mengenaik projek tersebut

Turut hadir, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, serta Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

-ER

 

Tinggalkan komen anda