Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Mangsa Banjir Terharu Terima Bantuan Rumah Baharu

By 24 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazreen A.R/ Ariza M. Z. (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Kemusnahan tempat berlindung akibat bencana alam pada  November 2017 telah merubah kehidupan tujuh sekeluarga Ana Binti Din dalam sekelip mata.

Ana, 45, seorang peniaga kecil-kecilan berkata, dia tidak menyangka sama sekali apabila terpilih di antara penerima projek pembinaan rumah baru bagi mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir itu.

“Rumah saya paling teruk dilanda banjir kilat hinggakan keadaan rumah dilihat tidak sesuai dan selamat untuk kami duduki jesteru saya membuat permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara untuk membaiki keadaan rumah yang terjejas dan rosak itu.

“Syukur Alhamdulillah hasilnya pembincangan dan penilaian akhirnya mendapat khabar gembira dan mereka telah bersetuju untuk membina semula rumah baru atas tanah kami dalam tempoh masa enam bulan untuk disiapkan,” katanya.

Ana berkata, dia yang mempunyai lima orang anak berusia antara enam hingga dua puluh dua tahun itu dan kesemuanya masih bersekolah dan suami, Mohd Zaki Bin Osman, 49,  bekerja sebagai seorang kerani.

“Perasaan bersyukur dan bertuah dirasakan kerana dengan adanya projek pembinaan rumah ini oleh pihak kerajaan dapat memberikan kehidupan yang selesa untuk kami sekeluarga berteduh,” katanya.

Berbeza pula cerita seorang ibu tunggal, Puan Norizan Bt Ismail,61, apabila turut terpilih sebagai salah seorang penerima Projek Khas Ekonomi MMK Pembangunan Desa bagi Daerah Seberang Perai Utara.

Penerima bantuan rumah baru Pn Norizan Bt Ismail

Penerima bantuan rumah baru Pn Norizan Bt Ismail

Dengan kesempitan hidup dan kedudukan rumah pula agak uzur turut menyebabkan mereka juga terdedah ancaman bahaya setiap kali hujan lebat berlaku dan hidup seperti dalam ketakutan bimbang sesuatu kejadian buruk berlaku.

“Setiap kali hujan lebat kami terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa dan takut kerana kebanyakan bumbung rumah mengalami kebocoran ditambah pula dengan tiang kayu yang semakin reput.

“Saya juga penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 setiap bulan bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan harian dan dirinya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan negeri.

“Saya juga terharu dengan lawatan mengejut oleh Exco Pertanian dan Industri Asa Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bin Bahardin ke rumah baru-baru ini dan hasil lawatan pihaknya dimaklumkan mengenai peruntukan bagi Projek Khas Ekonomi MMK Pembangunan Desa bagi Daerah Seberang Perai Utara.

“Untuk projek pembinaan semula rumah baru, sembilan rumah akan dibina dengan membabitkan kos peruntukan bernilai RM365,040.00 manakala bagi projek pembaikan rumah membabitkan lapan rumah dengan kos RM65,000 setiap satu sebagai tandan membuktikan  usaha Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kesejahteraan rakyat dan membantu mereka yang memerlukan” katanya semasa pelancaran penutup Jelajah Desa bagi daerah Sebarang Perai Utara sebentar tadi.

-ER

 

Tinggalkan komen anda