Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

350 Pengamal Perundangan Bersidang Di ‘Borneo Rainforest Law Conference 2019’

By 18 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ Foto: Idris Sani Saberun/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18  Jan (Malaysiaaktif) – Kira-kira 350 orang pengamal perundangan dari Sabah dan Sarawak menyertai Persidangan Borneo Rainforest Law Conference 2019 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis.

Ia merupakan persidangan yang julung kali diadakan sempena Program Pembukaan Tahun Perundangan Mahkamah Negeri Sabah dan Sarawak 2019.

Dalam pada itu, seramai 13 orang penceramah dari dalam dan luar negara di undang bagi sesi dalam persidangan yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Richard ketika menyampaikan amanat kepada peserta persidangan

Richard ketika menyampaikan amanat kepada peserta persidangan

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang turut merasmikan penerbitan buku Thomson Reuters – Borneo Law Reports Jilid 8 dan 9 hasil tulisan Peguambela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Kee Heng sebagai rujukan kepada para pengamal perundangan.

Hadir sama, Presiden Sabah Law Society, Brenndon Soh; Presiden Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS), Datuk Seri Panglima Clarence Bongkus Malakun dan Presiden Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah, Shireen Sikayun.

EM

Tinggalkan komen anda